Bismillahhi Tawakkaltu A'lallah Wahuwa A'la Kulli Syaiin Qodir..Allahhumma Solli A'la Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallam..
Alhamdulillah, aku merafak sembah ke hadrat Allah yang menjadikan bumi ini dan segala isinya serta yang menjadikan langit dan segala isinya sebagai tanda kekuasaanNya. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang benar-benar mengenali dirinya sendiri.
Perjalanan kali ini aku teruskan bersama keluarga dan destinasi terpilih ialah sebuah rumah kampung dalam jajahan Pasir Putih, Kelantan dan MEK nama panggilan pemiliknya. Dan acara yang berlangsung adalah pernikahan puteranya. Kami sampai di sana selepas waktu Zohor dan tanpa berlengah lagi aku pun terus merakam gambar yang aku rasakan menarik untuk dikongsi dalam blog ini.
|
BERGAMBAR DAHULU |
Biasalah aku sebelum makan di majilis kenduri perlulah merakam gambar dahulu kerna itulah tugas utamaku sebagai jurugambar tidak bertauliah hehehe. Kami disambut dengan amat gembira oleh MEK & anak-anak beliau termasuklah emak saudaraku yang merupakan anak kepada MEK. Ringkasnya MEK ini juga merupakan pangkat Tok pada aku.
|
KAMI DIRAI SEWAKTU TIBA |
Begitulah suasana waktu itu. Hari yang panas namun berangin membuatkan kami selesa. Jadi kami berehat dahulu sebelum mengisi perut yang lapar. Menghilangkan penat setelah lama duduk di dalam kereta.
|
BEREHAT DULULAH.. |
Abah yang sememangnya lapar seperti biasa mendahului peserta lain menerima anugerah bahagian makan awal hehehe..Apa lagi abah terus menuju ke meja hidangan.
|
CEBOK..CEBOK |
Mungkin kerna terlambat makan, tiba-tiba abah mengadu perutnya sakit sampai berpeluh menahan sakit. Kasihan abah yang sakit perut. Namun abah masih mampu menghabiskan nasi walaupun perutnya meragam. Tabik abah!
|
ABAH MEMANG TABAH |
Sedang abah berjuang menahan kesakitan di meja makan lain pula ma yang berlawanan pula reaksinya. Tidak ketinggalan juga seorang lagi cekmek yang mahu turut serta bergambar. Tidak mengapa aku bagi
chance!
|
BAKPO MEK TU?? |
Selepas itu sempat juga ku merakam gambar suasana majlis yang sederhana namun tetap ceria dengan kehadiran saudara-mara.
|
PANDANGAN BUCU |
|
PANDANGAN SISI |
Sempat juga aku merakam gambar pengantin yang baru turun dari rumah. Baru nak makan rupanya pengantin ini.
|
PENGANTIN BARU NAK MAKAN |
Siap makan abah terus menuju dekat ma untuk meredakan nasi jatuh ke perut. Apa lagi aku terus merakam gambar keluarga aku ini.
|
MUKA KEKENYANGAN |
Dalam kesibukan hendak berangkat pulang aku tiba-tiba terlihat satu kelibat yang amat aku kenali menghampiri kami. Itulah dia orangnya Bapa saudara aku yang baru sampai di majlis tersebut.
|
SAMPAI GOSOK KEPALA KENAPA TU? |
Kebetulan pula MGK & Cik Paskau hendak bergambar aku pun merakam gambar mereka berdua sebelum balik.
|
MUKA CERIA MGK & CIK PASKAU |
Sebelum berangkat pulang seperti biasa aku merakam gambar pengantin dahulu sebagai kenangan yang akan aku kenang dalam blog ini untuk tatapan masa depan. Terima kasih Mek selaku Tuan Rumah & Selamat Pengantin Baru!
|
SELAMAT PENGANTIN BARU |
Sekian dahulu Wallahu A'lam!
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment