Sunday, June 2, 2013

AKU & KELUARGA - KENDURI PONDOK PASIR


MAKAN DULU DEH
Alhamdulillah..Allahhumma Solli A'la Saidina Muhammad Wa'ala A'lihi Wasoh Bihi Wasallam.

Syukurlah ke hadrat Allah kerna aku diizinkan untuk menulis lagi dalam blog aku ini. Kali ini aku & keluarga dijemput untuk menghadiri bekwoh Pokngoh Chekmat di Kg Pondok Pasir, Kemaman. Mereka ini adalah warga sebelah abah yang berasal dari arwah moyang aku. Kebetulan pada hari itu hari Jumaat lalu kami bersiap dari rumah lagi untuk terus solat Jumaat di masjid berdekatan. Tiba saja di sana kami pun terus solat Jumaat.

Selepas itu kami terus menuju ke rumah Pokngoh Chekmat. Lama sungguh aku tidak datang ke kampung ini. Tenang & sangat cantik pemandangannya. Kawasan yang lama dahulu masih tidak banyak yang berubah. masih mengekalkan suasana kampung Melayu lama.
ABAH YANG PERTAMA MASUK
LTM. JEBON & UTEH
Abah aku yang mula-mula sekali turun terus menuju ke meja makan. Maklumlah lapar dari pagi lagi kami tidak makan. Bertemu dahulu dengan Tuan Rumah iaitu Pokngoh Chekmat. Beliau kelihatan sangat gembira menyambut kedatangan kami sekeluarga.
POKNGOH CHEKMAT & LTM. JEBON
Ketika kami sampai di orang tidaklah ramai seperti yang dijangka kerna pada awalnya kami jangkakan orang ramai datang selepas solat Jumaat ke situ. Buktinya..
BANYAK KERUSI KOSONG
Sebelum makan aku sempat juga merakam beberapa keping gambar untuk tatapan dalam blog ini. Biasalah kalau rakam dua tiga keping tidak rock kata orang kampung aku.
CIK PASKAU BARU MASUK KHEMAH
Selepas aku rakam gambar ni aku terus ke meja makan. Terpegun aku melihat abah sedang makan dengan penuh selera seorang diri hehehe..
ABAH YANG KELAPARAN
Sempat juga aku rakam gambar Cik Paskau yang sedang mencedok lauk namun pandangan kamera terhalang oleh sesuatu hehehe..
BERBAJU OREN APA TU?
Selepas selesai sesi makan aku pun mulalah merayap. Niat asal nak ambil gambar pemandangan alam tapi bila aku lihat abah bergerak ke arah tempat Pokngoh Chekmat duduk lalu aku pun menuju ke situ.
PANDANGAN HADAPAN RUMAH
Semasa berada di wakaf berhampiran tempat Pokngoh Chekmat duduk, datanglah Pokdo yang lepas sibuk melayan tetamu ke tempat kami untuk berbual dengan abah.
POKNGOH GHALIK KELIH GAPO TU?
POKDO MENGHAMPIRI ABAH
Abah yang dari tadi lagi memerhatikan ma untuk balik tidak sedar dengan kedatangan Pokdo. Sedangkan Pokdo berada dekat benar dengan tempat abah duduk.
APALAH AGAKNYA YANG DIPERHATIKAN
Namun bila abah sedar Pokdo menghampirinya terus diajaknya Pokdo untuk bergambar.
KELAKAR SUNGGUH  POKDO DIPELUK OLEH ABAH
Selepas abah bergambar aku pula bergambar bersama Pokdo sebagai mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara kami. Lagipun aku bukannya kerap bertemu dengan keluarga dari Pondok Pasir ini. Masa inilah masa yang terbaik untuk merakam kenangan bersama keluarga kerna belum pasti siapa yang pergi dahulu menghadap Allah nanti.
BERGAMBAR DENGAN POKDO
Siap sahaja bergambar anak Pokdo pula ingin bergambar. Tidak mengapa beri peluang untuk budak-budak bergambar.
AKSI ANAK POKDO
Selepas bergambar bersama Pokdo, kami sekeluarga pun ingin meneruskan lagi perjalanan seterusnya. Namun sebelum berundur dari rumah Pokngoh sempat aku bergambar bersama anak Pokngoh. Mula-mula Ltm. Jebon yang mahu bergambar selepas itu barulah giliran aku pula.
LTM. JEBON BERSAMA HERO POKNGOH
TIMO KASIH TUWE GHUMOH
Alhamdulillah selesai sudah cerita kenduri di Pondok Pasir ini. Perjalanan seterusnya harus diteruskan namun bukan di ruang ini. Insyaallah jika diizinkan Allah sambungan perjalanan ini akan aku lampirkan di pos seterusnya Insyaallah..

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT