Saturday, May 19, 2012

KURSUS ASAS KESELAMATAN TM SIRI 1/2012

JALAN MASUK KE ANGULLIA BEACH HOUSE RESORT
Bismillah..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerna dengan keizinan yang diberikan olehNya membolehkan aku menghadiri kursus tersebut pertama kali sejak aku bekerja di TM.

Kursus ini dilaksanakan di Angullia Beach House Resort di Marang,Terengganu selama 1 hari jah..hehehe. Jadi gambar itu merupakan jalan masuk ke Resort tersebut setelah kenyang makan buah langsat yang tidak terkira banyaknya. Maklumlah pertama kali berkunjung ke situ tambahan pula pemandu yang membawa kami juga merupakan seorang yang teramat mahir selok-belok jalan tersebut hingga aku ini kembung kekenyangan akibat terlebih makan buah langsat. Pusing punya pusing sampailah juga kami bersama kenderaan rasmi yang dipinjamkan oleh syarikat SECURIFORCE disebabkan kenderaan kami terpaksa ditinggalkan di Dungun.

KENDERAAN RASMI SECURIFORCE
Maka aku tanpa banyak tanya menurut sahaja arahan bos aku dan bersama 3 lagi rakan seperjuangan menuju ke destinasi yang dinyatakan. Sampai sahaja kami terus dipanggil oleh Pegawai Ronda TM Dungun menyuruh lapor di Reception. Siap lapor lebih kurang kami masuk baris terus dan aku selaku ketua untuk kumpulan aku mengambil tempat dan menanti arahan selanjutnya dari ketua perbarisan TM.

Aku jumpa sahaja dengan ketua perbarisan disuruhnya aku ambil baris kawad terus dan sedia untuk perbarisan bacaan ikrar sedangkan aku dalam kebingungan kerana aku tidak dimaklumkan pun ada bacaan ikrar pagi ini.
LAPOR MASUK BARIS
Aku pun berterus-terang pada ketua perbarisan yang aku langsung tidak menghafal dialog ikrar. Lantas diberikan tugas bacaan ikrar pada orang lain, selamat aku..Tapi yang tidak tahannya bacaan ikrar kali ini ada 3 bacaan iaitu ikrar rukun negara, ikrar keselamatan & ikrar bebas jenayah. Tidak pernah aku mendengar ikrar bebas jenayah tersebut sebelum ini atau mungkinkah aku ini ketinggalan zaman? Wallahu a'lam..
BACAAN IKRAR
Selesai sahaja bacaan ikrar aku ingatkan dah habis tugas aku untuk sesi tersebut. Jangkaan aku ternyata salah kerna acara seterusnya sesi menyanyi lagu Negaraku. Maka menyayilah kami ini dengan penuh bersemangat walaupun suara aku terasa pedih kerna telah seminggu aku melatih sahabatku kawad disebabkan ramai antara mereka tidak memiliki asas kawad. Namun itu semua tidak menjadi halangan kerna berkat kesungguhan & minat yang ditunjukkan ternyata persembahan kawad kumpulan kami dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Walaupun ada yang pergerakan kawadnya masih 'keras kejung' namun aku tetap berpuas hati kerana pasukan aku tetap meneruskan kawad dan boleh melaksanakan setiap arahan yang aku berikan.
MELURUSKAN BARISAN
"DARI TENGAH CEPAT JALAN"
Setelah selesai acara kawad pembukaan, seterusnya pasukan aku harus melaksanakan satu persembahan kawad namun lebih serius lagi kawad itu adalah kawad pertandingan antara pasukan. Keluar sahaja dari perbarisan aku terus berbincang dengan anggota pasukan aku bahawa ketua perbarisan mahukan pasukan kami membuat kawad formasi sedangkan ada di antara kami yang tidak mahir berkawad. Kami sepakat setelah berbincang bahawa waktu persembahan aku hanya akan bagi arahan biasa sahaja iaitu kawad statik dan kawad pergerakan asas. Syukur anggota pasukan sebulat suara bersetuju. Tiba sahaja masa pertandingan aku hantam sahaja bagi arahan yang penting pasukan boleh buat. Aku bagi berjalan kiri dan kanan 4 kali pusing. Lepas tu betulkan barisan, lapor pada Timbalan Pengarah Keselamatan TM selesai keluar baris. Keluar baris muka masing-masing ceria je hehehe..
MUKA CERIA SELEPAS KAWAD
BERGAMBAR BERSAMA PENGARAH & PENGERUSI SYARIKAT
Setelah kawad selesai maka kami pun ambil masa sendiri bagi melepaskan lelah. Masing-masing tetap ceria walaupun penat terasa. Aku sempat juga rakam aksi-aksi sahabat-sahabat yang melepaskan lelah.

MEMERHATIKAN GELAGAT ORANG
MEMBETULKAN BERET & MEROKOK
Selain gambar anak-anak buah, aku sempat juga snap gambar bos-bos yang turut hadir mengiringi anggota masing-masing menghadiri kursus tersebut. Antaranya pegawai ronda daerah Kemaman, pegawai ronda daerah Dungun dan pegawai ronda daerah Marang.
PEGAWAI RONDA KEMAMAN
PEGAWAI RONDA MARANG
PEGAWAI RONDA DUNGUN
Selain itu aku juga sempat merakamkan pembantu pegawai ronda tapi aku kurang pasti mereka ini dari daerah mana. Sekadar untuk pengenalan sahaja.
PEMBANTU PEGAWAI RONDA
PEMBANTU PEGAWAI RONDA


















Selepas rehat seketika aku dan anggota lain diarahkan menjamu selera di dewan makan. Apa lagi gembira bukan kepalang. Bayangkanlah aku bersama 3 sahabatku sebelum Subuh lagi dah bangun tapi tidak sempat mengisi perut kerana kami harus melapor diri awal pagi di Resort. Akibatnya masa kawad perut aku mendayu-dayu mohon diisi. Kawadlah kami dalam kelaparan yang mencengkam. Menu pagi itu nasi lemak dan air kopi susu dengan air teh. Aku sangat berselera hingga menambah lauk. Nasi aku makan sedikit sahaja jaga body katakan hehehe..
RAKAN SETUGAS AKU YANG RAJIN
RAKAN AKU YANG BAIK HATI 
Selepas makan rakan setugas aku mengajak ke pantai untuk menikmati keindahan ciptaan Allah. Gembiranya aku tanpa banyak soal kami terus menuju ke pantai. Di pantai sempat juga aku rakam gambar rakan setugasku yang sama juga macam aku jarang bertemu pantai yang indah seperti di Resort ini.
JEJAKA BUJANG KEMAMAN
SENYUMAN MENAWAN JEJAKA KEMAMAN


















Itulah dia gambar rakan setugas aku yang banyak menolong dan ringan tulang dalam menjalankan tugas bersamaku. Mereka berdua ini amat aku hormati kerana sikap tidak berkira mereka sewaktu aku meminta pertolongan. Bertuah ibu & bapa mereka mendapat anak seperti mereka. Apa pun terima kasih aku ucapkan untuk kalian. Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian. Sewaktu di pantai ini juga aku sempat merakam gambar anggota-anggota lain dalam pasukan aku. Memang mereka ini sporting dan tidak sombong kalau ditegur. Tidak seperti segelintir orang yang terlalu bangga dengan pangkat dan kedudukan sedangkan kita semua sama di sisi Allah.
SAHABAT-SAHABAT DALAM KUMPULAN AKU
Belum sempat kami menikmati tiupan angin laut yang lembut dan air laut yang indah dipandang terdengar suara pegawai ronda memanggil anggota masuk ke dewan untuk sesi perasmian pembukaan kursus. Hem moyok aku & sahabat yang lain. Rakan setugas aku frust nampaknya sebab katanya belum puas menikmati keindahan pantai padahal aku tengok dia ralik(asyik) melihat awek-awek yang turut sama bersantai di pantai itu hahaha..Aku tersenyum sendirian.

Kami lantas menuju ke dewan dan masuk untuk mengikuti sesi seterusnya. Majlis tersebut dirasmikan oleh  Pengarah keselamatan TM Terengganu dan majlis diteruskan dengan ceramah oleh Penolong Pengarah Keselamatan TM Malaysia. Setelah selesai ceramah kami rehat sambil mengisi perut sekali lagi. Selepas makan ceramah diteruskan lagi oleh Pengurus Keselamatan TM Zon Selatan. Aku ini banyak kali tersengguk-sengguk mengail di dalam dewan disebabkan mengantuk yang amat sangat. Aku pandang sebelah kedua-dua rakan setugasku masing-masing sempit sahaja mata. Tergelak aku seorang diri. Apabila mereka berdua memandang ke arah aku kelihatan warna merah berurat di mata mereka. Aku tidak dapat menahan ketawa lalu aku menunduk di bawah meja sambil ketawa bagai hendak pecah perut..
"PANDANGLAH LIHATLAH MATA KAMI YANG MENAWAN"
Memang kasihan melihat keadaan mereka kerana aku tahu dan aku faham mereka pun sama sepertiku mengantuk yang amat sangat disebabkan malam sebelumnya kami tidak cukup tidur. Kami tidur lebih kurang jam 0230 pagi dan bangun jam 0530 pagi. Memang berat sangat kepala dan mata berasa pedih. Namun kerana tugas kami tetap gagahkan diri dan menahan keadaan tersebut kerana semangat mahu berkursus.

Lebih kurang dalam jam 1315 ceramah selesai dan kami dibenarkan rehat untuk makan dan solat dan diarah masuk dewan kembali pada jam 1400. Masuk dewan kali ini aku berasa lebih segar dan ceria kerana perutku kenyang, hatiku tenang selepas solat, mataku cerah kerana memandang keindahan pantai dan ceramah kali ini tidak begitu membosankan kerana Ketua perbarisan TM Terengganu pandai menceriakan suasana. Setelah itu diadakan terus majlis perasmian penutup dan pembahagian sijil oleh Pengarah Keselamatan TM Terengganu. Waktu inilah aku berasa gembira kerana berbagai ragam dapat dilihat sewaktu peserta kursus kawad selaku terima sijil di atas pentas. Tetapi sayang aku tidak sempat merakam gambar lebih banyak kerana bateri kamera telah lemah. Kalau ikutkan hati aku nak rakam gambar semua orang di dalam dewan itu namun apa boleh buat redha sudah..
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Gambar seterusnya adalah gambar sebelum kami keluar selepas selesai majlis perasmian penutup kursus.
PEGAWAI OPERASI KESELAMATAN &
JOHAN KAWAD TERBAIK KURSUS
SAHABAT DARI TM TERENGGANU

SAHABAT-SAHABAT SEBELUM BALIK
SAHABAT DARI TM MEDAN JAYA
Alhamdulillah selepas keluar dari majlis aku sempat lagi rakam gambar rakan setugas aku sebelum balik. Mereka ini mahu merakamkan kenangan terindah di pantai kerna kata mereka tidak tahu bila masanya untuk ada peluang berkunjung ke sini disebabkan masa kerja yang padat.
GAYA COOL  JEJAKA KEMAMAN
GAYA MACHO JEJAKA KEMAMAN 
Mereka tidak puas hati berada di pantai sekejap sahaja namun disebabkan kenderaan kami telah ada kami terus pulang tanpa sempat menikmati keindahan pantai tersebut dan kami pulang dengan perasaan hampa. Namun kami berniat mahu berkunjung lagi ke Resort tersebut jika diizinkan Allah Insyaallah. Wallahhu a'lam..

W.K AZIZ

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT