Alhamdulillahhi Robbil A'lamin Wassolatu Wassalam A'la Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Saidina Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam..Alhamdulillah dengan izin Allah aku terjumpa lagi gambar lama aku zaman muda-muda dahulu & akhirnya aku boleh pula memuatkan dalam blog ini.
Perjalanan menuju ke Besut biasanya membuatkan aku mengantuk. Lalu aku memenuhi kehendak mataku untuk direhatkan seketika. Sedar tidak sedar aku lihat sampai sudah di atas jambatan Tok Bali, Pasir Putih. Rumah yang dituju ialah rumah MEK yang melangsungkan bekwoh anak beliau dalam cerita terdahulu
AKU & KELUARGA - KENDURI POK MAKYUNG.
|
SEWAKTU LEPAS HUJAN |
Tujuan kedatangan kami hanyalah untuk menziarahi MEK sambil bertanya khabar beliau. Walaupun beliau tidak sakit namun disebabkan beliau hanya tinggal dengan anak lelakinya maka haruslah bagi kami untuk menziarahi beliau. Aku pula memang niat dari awal lagi hendak merakam gambar di kawasan rumah MEK kerna pemandangan di siu sungguh cantik Subhanallah..
|
MENIKMATI HEMBUSAN DINGIN PAGI |
Kawasan rumah MEK ini memang kelihatan kemas & bersih macam dijaga rapi walaupun MEK jarang boleh membuat kerja-kerja di halaman disebabkan beliau sering sakit lutut. Mungkin ada keberkatannya kerna MEK yang suka bersedekah hasil tanamannya kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumahnya.
Dari rumah MEK di Pasir Putih aku meneruskan pula perjalanan menuju ke Padang Luas untuk melihat rumah Abah yang sedang dinaik tarafkan. Sudah siapkah rumah itu. Tiba sahaja di sana aku tersenyum kerna rumah tersebut kelihatan 50% siap. Alhamdulillah cantik juga rumah ini sudah pasti siap nanti lebih cantik lagi.
|
BERGAMBAR BERSAMA UTEH |
Aku berasa udara dingin pagi itu membuatkan mataku rasa mengantuk lalu aku segarkan diri dengan melakukan sedikit senaman regangan bagi membolehkan urat yang tegang kendur kembali. Alhamdulillah mata yang mengantuk rasa segar kembali.
|
BERSENAM UNTUK KESIHATAN |
Sebelum berangkat pulang ke Kemaman sempat juga aku merakam gambar di pagi damai itu sebagai rakaman khas untuk blog yang istimewa ini.
|
BOLELA.. |
Sekian dahulu Wallahu A'lam
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment