Sunday, October 13, 2013

AKU & KELUARGA - SANTAI DI KUALA BESUT

Alhamdulillahhi Robbil A'lamin..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad Sollollahhu A'laihi Wasallam..

Alhamdulillah ketika aku sedang asyik membelek fail lama koleksi gambar aku yang pernah dirakam dahulu, Allah temukan aku dengan beberapa keping gambar yang satu masa dahulu sangat sukar untuk dirakam. Namun kini dengan segala kemudahan yang ada aku terfikir alangkah baiknya kalau aku masukkan dalam blog ini untuk kenangan akan datang.

Perjalanan lama dahulu sewaktu aku bersantai di Kuala Besut masih terpahat di ingatan. Apa lagi tempat yang indah itu sempat aku rakam dalam gambar dan sekaranglah masanya untuk aku kenang kembali dalam blog ini.
INDAH SUNGGUH CIPTAAN ALLAH
Apa yang paling aku seronok suasana laut yang mendamaikan jiwa membuatkan aku termenung hingga rasa kerdilnya diri aku bila memandang laut yang luas sejauh mata memandang. Rasa sebak atas setiap dosa yang dilakukan menghantui jiwa. Aku terus ingat ke hadrat Allah Yang Maha Besar..Allahu Akhbar!
SEKADAR HIASAN
SEKADAR HIASAN
Aku senyap membiarkan deruan angin laut bertiup selembut-lembutnya. Rasa dingin di permukaan kulit mungkin disebabkan perubahan cuaca yang nampaknya mendung sahaja. Selepas bertenang seketika, aku merakam lagi gambar pemandangan di tepi air itu. Biasalah sudah semestinya aku ingin gambar aku dirakam bila aku pergi ke sesuatu tempat.

Alhamdulillah ada jugalah insan mulia yang sudi menyusahkan diri beliau untuk merakam gambar aku yang tidak berapa handsome ini. Apa pun terima kasih untuk JK (Jong Kamera) aku yang setia untuk merakam gambar aku walaupun kadang-kadang dengan muka rela dalam terpaksa.
BENARLAH ALLAH MAHA BIJAKSANA
Walaupun gambar pemandangan telah dirakam namun hati aku rasanya belum puas maka aku pun rakam lagi sekeping dua gambar dalam kesempatan yang singkat itu kerna langit kelihatan mendung & deru angin pun kedengaran nyaring bersiul di tepi telinga aku.
LIHATLAH MAHA BIJAKSANANYA ALLAH
                   HEBAT SUNGGUH ALLAH CIPTAKAN SESUATU
Aku bagaikan terpukau sebentar dalam keasyikan aku menikmati pemandangan indah ciptaan Allah itu. Lamunan aku hilang bila terdengar Abah memanggil aku untuk pulang. 
SEKADAR HIASAN

Dalam tergesa-gesa sempat lagi aku merakam sekeping gambar kenangan sebagai tanda aku sangat terpesona dengan keindahan tempat itu yang Allah jadikan istimewa untuk hamba-hambaNya bersyukur terhadap nikmat yang diberikan. Sungguh aku mahu datang lagi ke tempat ini jika diizinkan Allah satu masa nanti.

Sekian dahulu untuk kali ini. Insyaallah pasti aku akan ceritakan lagi pengalaman aku dalam blog ini walaupun kadang-kadang masa yang ada tidak begitu banyak namun tetap aku pohonkan kelapangan dari Allah yang menjaga masa agar dilapangkan masa untuk aku menulis. Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT