Thursday, October 31, 2013

AKU & HIDUPKU - PANTAI BUKIT KELUANG

Assalamualaikum..

Lama sungguh aku tidak berkunjung ke Bukit Keluang. Maka aku pun mengambil kesempatan pergi ke sana  sewaktu balik kampung baru-baru ini. Deru angin pantai menyamankan walau sinar matahari terik membahang kulit. Alhamdulillah..Fabi ayyi a'la i Robbikuma tukazziban..
KOHO COMEL PANTAI BUKIT KELUANG NI

SUBHANALLAH..MILIK ALLAH SEGALA KEINDAHAN

Tuesday, October 15, 2013

AKU & KELUARGA - SANTAI DI PASIR PUTIH

Alhamdulillahhi Robbil A'lamin Wassolatu Wassalam A'la Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Saidina Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam..Alhamdulillah dengan izin Allah aku terjumpa lagi gambar lama aku zaman muda-muda dahulu & akhirnya aku boleh pula memuatkan dalam blog ini.

Perjalanan menuju ke Besut biasanya membuatkan aku mengantuk. Lalu aku memenuhi kehendak mataku untuk direhatkan seketika. Sedar tidak sedar aku lihat sampai sudah di atas jambatan Tok Bali, Pasir Putih. Rumah yang dituju ialah rumah MEK yang melangsungkan bekwoh anak beliau dalam cerita terdahulu AKU & KELUARGA - KENDURI POK MAKYUNG.
SEWAKTU LEPAS HUJAN
Tujuan kedatangan kami hanyalah untuk menziarahi MEK sambil bertanya khabar beliau. Walaupun beliau tidak sakit namun disebabkan beliau hanya tinggal dengan anak lelakinya maka haruslah bagi kami untuk menziarahi beliau. Aku pula memang niat dari awal lagi hendak merakam gambar di kawasan rumah MEK kerna pemandangan di siu sungguh cantik Subhanallah..
MENIKMATI HEMBUSAN DINGIN PAGI
Kawasan rumah MEK ini memang kelihatan kemas & bersih macam dijaga rapi walaupun MEK jarang boleh membuat kerja-kerja di halaman disebabkan beliau sering sakit lutut. Mungkin ada keberkatannya kerna MEK yang suka bersedekah hasil tanamannya kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumahnya.

Dari rumah MEK di Pasir Putih aku meneruskan pula perjalanan menuju ke Padang Luas untuk melihat rumah Abah yang sedang dinaik tarafkan. Sudah siapkah rumah itu. Tiba sahaja di sana aku tersenyum kerna rumah tersebut kelihatan 50% siap. Alhamdulillah cantik juga rumah ini sudah pasti siap nanti lebih cantik lagi.
BERGAMBAR BERSAMA UTEH
Aku berasa udara dingin pagi itu membuatkan mataku rasa mengantuk lalu aku segarkan diri dengan melakukan sedikit senaman regangan bagi membolehkan urat yang tegang kendur kembali. Alhamdulillah mata yang mengantuk rasa segar kembali.
BERSENAM UNTUK KESIHATAN
Sebelum berangkat pulang ke Kemaman sempat juga aku merakam gambar di pagi damai itu sebagai rakaman khas untuk blog yang istimewa ini.
BOLELA..
Sekian dahulu Wallahu A'lam

W.K AZIZ

Sunday, October 13, 2013

AKU & KELUARGA - SANTAI DI KUALA BESUT

Alhamdulillahhi Robbil A'lamin..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad Sollollahhu A'laihi Wasallam..

Alhamdulillah ketika aku sedang asyik membelek fail lama koleksi gambar aku yang pernah dirakam dahulu, Allah temukan aku dengan beberapa keping gambar yang satu masa dahulu sangat sukar untuk dirakam. Namun kini dengan segala kemudahan yang ada aku terfikir alangkah baiknya kalau aku masukkan dalam blog ini untuk kenangan akan datang.

Perjalanan lama dahulu sewaktu aku bersantai di Kuala Besut masih terpahat di ingatan. Apa lagi tempat yang indah itu sempat aku rakam dalam gambar dan sekaranglah masanya untuk aku kenang kembali dalam blog ini.
INDAH SUNGGUH CIPTAAN ALLAH
Apa yang paling aku seronok suasana laut yang mendamaikan jiwa membuatkan aku termenung hingga rasa kerdilnya diri aku bila memandang laut yang luas sejauh mata memandang. Rasa sebak atas setiap dosa yang dilakukan menghantui jiwa. Aku terus ingat ke hadrat Allah Yang Maha Besar..Allahu Akhbar!
SEKADAR HIASAN
SEKADAR HIASAN
Aku senyap membiarkan deruan angin laut bertiup selembut-lembutnya. Rasa dingin di permukaan kulit mungkin disebabkan perubahan cuaca yang nampaknya mendung sahaja. Selepas bertenang seketika, aku merakam lagi gambar pemandangan di tepi air itu. Biasalah sudah semestinya aku ingin gambar aku dirakam bila aku pergi ke sesuatu tempat.

Alhamdulillah ada jugalah insan mulia yang sudi menyusahkan diri beliau untuk merakam gambar aku yang tidak berapa handsome ini. Apa pun terima kasih untuk JK (Jong Kamera) aku yang setia untuk merakam gambar aku walaupun kadang-kadang dengan muka rela dalam terpaksa.
BENARLAH ALLAH MAHA BIJAKSANA
Walaupun gambar pemandangan telah dirakam namun hati aku rasanya belum puas maka aku pun rakam lagi sekeping dua gambar dalam kesempatan yang singkat itu kerna langit kelihatan mendung & deru angin pun kedengaran nyaring bersiul di tepi telinga aku.
LIHATLAH MAHA BIJAKSANANYA ALLAH
                   HEBAT SUNGGUH ALLAH CIPTAKAN SESUATU
Aku bagaikan terpukau sebentar dalam keasyikan aku menikmati pemandangan indah ciptaan Allah itu. Lamunan aku hilang bila terdengar Abah memanggil aku untuk pulang. 
SEKADAR HIASAN

Dalam tergesa-gesa sempat lagi aku merakam sekeping gambar kenangan sebagai tanda aku sangat terpesona dengan keindahan tempat itu yang Allah jadikan istimewa untuk hamba-hambaNya bersyukur terhadap nikmat yang diberikan. Sungguh aku mahu datang lagi ke tempat ini jika diizinkan Allah satu masa nanti.

Sekian dahulu untuk kali ini. Insyaallah pasti aku akan ceritakan lagi pengalaman aku dalam blog ini walaupun kadang-kadang masa yang ada tidak begitu banyak namun tetap aku pohonkan kelapangan dari Allah yang menjaga masa agar dilapangkan masa untuk aku menulis. Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

Tuesday, October 8, 2013

MANGGIL - CHENEH & CHERUL

Alhamdulillahhi Robbil A'lamin..Wassolatu Wassalam A'la Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Saidina Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Wa'ala Ahlihi Wasohbihi Ajma'in.

Bersyukur ke hadrat Allah kali ini aku berjaya menghadirkan diri bersama keluarga untuk manggil di Felda Cheneh & Felda Cherul. Namun rasa terkilan kerna tiada gambar dapat dirakam semasa berada di rumah saudara mara, disebabkan keadaan tuan rumah yang tidak mengizinkan untuk dirakam gambar mereka. Apa pun untuk mengubat hati sebagai kenangan di sini aku merakam gambar selepas kami pulang dari rumah saudara mara iaitu sewaktu aku & keluarga menjamu selera di sebuah restoran yang agak sedap masakannya.
TINGGI BETUL SUDU DIANGKAT
Kami memilih restoran tersebut kerna melihatkan suasana kedainya yang agak lengang & saiz kedai pun agak besar jadi ciri-cirinya menepati citarasa kami sekeluarga tambahan perut masing-masing sudah berbunyi minta diisi hehehe..
MENIKMATI HIDANGAN YANG MASIH BERASAP
Aku tiba agak lewat di dalam restoran itu kerna sebelumnya aku mencari tandas terlebih dahulu. Maklumlah kantungku terik dipenuhi air. Sebab itu bila aku masuk sahaja ke dalam kedai ahli kelab yang lain telah pun menikmati hidangan masing-masing. Berselera benar nampaknya
MAKE DIK MAKE
Aku termenung sekejap berfikir apakah makanan yang hendak aku pesan. Nak makan megi tahap kelaparan memerlukan nasi. Aku pun terasa untuk makan sup maka aku pesan nasi putih sup perut barulah sesuai tambahan suasana malam yang agak sejuk boleh juga memanaskan badan hehe..
NASI PUTIH SUP PERUT SEDAP
Sekian dahulu untuk kali ini Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT