Saturday, July 27, 2013

RAMADHAN DI KOTA BHARU

Bismillahhir Rohmannir Rohim..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad..

Alhamdulillah..Di bulan yang mulia ini aku dizinkan Allah untuk mengembara lagi ke negeri yang diberkati negeri Kelantan Darul Naim. Tujuan aku pergi kali ini hanya untuk melawat adik yang belajar di sana. Namun kerinduan hati terhadap tanah Kelantan ini terubati kerna dapat juga aku menjejak kaki di sana sambil menikmati tempat-tempat yang banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku. Hari pertama aku pergi ke Bunut Payong tidaklah banyak yang boleh diceritakan kerna masa yang ada banyak dihabiskan dalam kereta. Namun sebagai satu tanda kenangan aku merakam juga sekeping gambar di Kota Bharu.
KG BUNUT PAYUNG
Alhamdulillah..Selesai urusan mengambil adik di Kota Bharu pada hari pertama, kami pulang kembali ke Jerteh. Hari kedua selepas sahaja solat Subuh kami beransur bergerak ke Kota Bharu. Tiba di Kota Bharu kami menyelesaikan urusan adik di CIMB Bank. Selepas itu Cik Paskau mengajak kami untuk bergambar di kawasan Istana Jahar kerna lama sudah dia ingin bergambar di sana. Kami pun terus menuju ke sana untuk bergambar.
DEPAN ISTANA JAHAR
Aku apa lagi tidak melepaskan peluang bergambar. Yang paling aku mahu adalah bergambar dengan meriam yang ada di situ. Aku pun menyuruh Cik Paskau merakam gambar aku bersama meriam. Alhamdulillah tercapai juga hasratku. Syukur ke hadrat Allah yang Maha Besar!
AKU & MERIAM
Betapa aku rasa sangat gembira. Selepas bergambar di situ. Kami pun terus berangkat pulang menuju ke Kemaman kerna esok aku sudah mula bekerja. Selepas menghantar adik di tempat belajar kami tidak singgah di mana-mana. Dalam kereta Ma berpesan agar membeli daging dalam perjalanan lalu aku singgah di satu wakaf yang menjual daging. Sebagai kenangan aku turut merakam gambar daging tersebut hehehe..
BAKAL SUP TULANG
Selepas membeli daging, aku bergilir dengan Cik Paskau biar dia yang memandu pula. Sebaik sahaja kereta meluncur deras di jalanraya, mata aku pun dengan automatiknya rasa berat. Lalu tanpa berlengah lagi aku berangkat menuju ke alam kematian yang kecil.. Sedar tidak sedar aku terkejut apabila Ma di belakang memanggil namaku bangun semaye katanya. Rupanya kami telah tiba di masjid. Lalu dengan pandangan yang masih berpinar-pinar menahan mengantuk aku gagahkan juga diri untuk turun solat. Pemandangan yang indah menyegarkan sedikit pandangan mata maklumlah tempat berkat..
MASJID YANG CANTIK
Turun dari masjid, aku terasa segar namun rasa letih tetap ada. Sebelum tiba di Kemaman, kami singgah dahulu di bazar Ramadhan Dungun untuk membeli apa yang patut. Aku hanya beli air nyo 3 plastik kerna untuk menyejukkan tubuhku yang panas waktu berbuka nanti. Sekian dahulu pengalaman aku kali ini Wallahu A'lam..

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT