Bismillah..Alhamdulillah..Allahummasolli A'la Saidina Muhammad Wa'ala ali Saidina Muhammad..
Bulan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Keceriaan & kegembiraan menyambut Syawal aku rasakan tidak begitu meriah kerna sayang rasanya untuk meninggalkan Ramadhan yang indah ini. Namun begitu aku tetap bersyukur kerna Ramadhan kali ini dapat aku jalani dengan penuh semangat keikhlasan dalam beribadat Insyaallah..
Kali ini perjalanan aku sambung kembali menuju ke Besut kerna ingin juga rasanya menikmati makanan di kampung sendiri. Tidak aku nafikan setelah lama tidak menjengukkampung halaman, banyak tempat yang berubah dan salah satunya pasar Jerteh ini.
Aku terpegun bila melihat suasana baru pasar Jerteh. Dalam aku
duk lilah-lilah maka aku ternampak kelibat seseorang yang amat aku kenal. Maka aku pun mendekati beliau lalu menegur. Dia yang terkejut lalu berpaling.
Terpengor sebentar lalu dia memeluk aku bila aku telah dikenalinya. Sangat gembira aku bertemu sahabat lama zaman sekolah dahulu.
|
SAHABAT LAMA DI SMK PUTRA |
Selepas meminta izin untuk pergi aku terus mencari di mana pula abah aku berada. Pusing-pusing aku nampak abah di sebuah gerai. Apa lagi aku rakam terus gambar abah.
|
GAYA HERO SEBELUM MEMBELI MAKANAN |
Siap aku merakam gambar abah, aku cari pula ahli kelab yang lain. Jumpa juga kerna senang sahaja hendak mencari mereka ini. Apa lagi aku rakam terus gambar mereka.
|
BORONG-BORONG.. |
Dari tempat tersebut kami menuju pula ke kawasan perumahan di Kg Los Angeles untuk melawat rumah yang dikatakan telah siap sepenunya hanya menunggu untuk dicat. Tiba di sana benarlah apa yang dimaklumkan. Sebelum balik sempat pula aku merakam gambar pelawat tambahan yang turut serta melawat bersama kami sekeluarga.
|
PELAWAT TAMBAHAN |
Pelawat tambahan ni sebenarnya kawan-kawan Wuteh yang datang sempena cuti kolej mereka. Jadi selepas menghantar mereka ke kolej aku & keluarga terus bergerak balik ke Kemaman. Dalam perjalanan pulang kedengaran azan Maghrib berkumandang maka kami berhenti dahulu di sebuah wakaf untuk berbuka puasa. Alhamdulillah gembiranya dapat berbuka walaupun hanya di wakaf. Terima kasih Ya Allah!
|
KHUSYUK MENANTI WAKTU BERBUKA |
|
KASIH SAYANG ABAH & MA |
Sekian sahaja Wallahu A'lam!
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment