Saturday, July 13, 2013

AKU & KELUARGA - HSNZ KUALA TERENGGANU

Bismillahir Rohmannir Rohim..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad Waa'la alihi Wasohbihi Wasallam. Alhamdulillah di kesempatan ini aku masih lagi mampu menaip di blog ini dengan izin Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pangasihani.

Suatu hari aku dikejutkan dengan berita Tok sepupuku dimasukkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Tok sepupu ini lebih dikenali dengan nama Poklong Deraman yang merupakan sepupu kepada arwah Mok(nenek) aku. Kebetulan pada hari tersebut aku sekeluarga pulang ke Jerteh. Seperti biasa kami pulang ke kampung untuk melihat projek perumahan kami yang separuh siap. Di Jerteh kami telah merancang untuk ke Kuala Terengganu selepas melawat projek perumahan. Sempat juga kami singgah di kedai untuk mengisi perut.
INILAH MENU KAMI
Juadah yang dicari tidak bertemu kerna niat di hati ingin bersantap nasi. Tinjau punya tinjau maka bertemu sebuah kedai yang menghidangkan hidangan ABC. ABC pun ABClah bolehlah sekadar menghilangkan dahaga di hari yang agak panas.

MA MENIKMATI ABC
ABAH & WODHEK
Kami tidak kisah walaupun tidak makan nasi kerna kami menjangkakan akan makan bila tiba di Kuala Terengganu nanti. Aku yang kelaparan terpaksa juga mendiamkan diri. Namun disebabkan keluarga yang lain juga lapar seperti aku, maka redha itu lebih baik bagiku hehe..
MUKA LAPAR DAA
Oleh kerna cuaca hari itu agak panas adik-adikku menikmati hidangan ABC tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Makan-makan..
SUAP JANGAN TAK SUAP
MAKAN 'PERABIS' INI KALILAH
Selesai sahaja makan di situ kami meneruskan perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu untuk menziarahi Poklong. Hajat di hatiku bila sampai di hospital nanti hendak juga merakam sebanyak mungkin gambar namun hasratku terbantut disebabkan aku melihat bateri kamera ada 2 bar lagi. Jadi aku kena berjimat kerna takut tidak sempat untuk merakam gambar dalam perjalanan balik nanti.

Setelah sampai di hospital, kami menziarahi Poklong namun dia masih berada dalam ICU dan sesiapa yang ingin melihat beliau perlu masuk berdua sahaja maknanya kami terpaksa bergilir sesama kami. Ramainya orang bukan orang lain. Semuanya penuh dengan anak beranak kami sahaja dari kampung. Ruginya aku tidak dapat mengambil gambar mereka semua.

Selesai melawat kami beransur pulang kerna hari sudah lewat petang tambahan kami tidak solat Asar lagi. Dari hospital kami menyusur perlahan-lahan ke Masjid Kg Ladang. Mungkin inilah masjid yang sering disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya. Memang cantik masjid ini dan siap dilengkapi berbagai kemudahan antaranya kerusi urut eletrik. Abah aku pula sebaik sahaja siap solat terus duduk dan menikmati urutan di atas kerusi urut tersebut.
ABAH MENAHAN SAKIT MENGURUT
Khusyuk nampaknya abah mengurut kerna dia sudah lama sakit urat. Kesian abah. Namun selepas mengurut di kerusi itu dia kelihatan lebih segar dan ceria. Syukur Alhamdulillah..
WAJAH CERIA ABAH SELEPAS MENGURUT
Sewaktu aku lepas merakam gambar ini, aku disapa oleh satu suara yang amat ke kenali. Aku dapat mengagak bahwasanya suara ini inginkan agar gambarnya turut sama dirakam. Baiklah permintaan diterima.
OK KO GAMBAR NI?OKLAH
Sebelum meninggalkan kawasan masjid sempat juga aku merakam gambar aku sebagai kenangan aku pernah singgah di masjid tersohor ini.
ALHAMDULILLAH..
Dari bandar Kuala Terengganu kami menyusur terus melalui jalan pantai dan kami singgah pula makan di Setiu. Sebuah kedai yang menarik untuk kami sekeluarga menjamu selera.
NAMA KEDAI YANG UNIK
Bukan setakat nama kedai sahaja menarik hidangan yang disediakan pun menarik selera kami. Lihatlah aksi hamba Allah ini. Sangat teruja hingga meminta 3 gelas air kecil, sederhana & besar.
3 DALAM 1
Hidangan di kedai ini amatlah sedap hingga masing-masing menikmati hidangan tanpa menghiraukan apa yang terjadi di sekeliling hehe..
MAKANLAH ADIKKU
Selepas kenyang kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa. Alhamdulillah sungguh indah kenangan perjalanan aku kali ini. Terima kasih Ya Allah..

W,K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT