Bismillahhir Rahmannir Rohim..Allah Humma Solli 'Ala Saidina Muhammad wa 'Ala Ali Saidina Muhammad..
Alhamdulillah..Dengan izin Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, aku berpeluang untuk meneroka lagi di alam
cyber ini. Aku sangat berasa suka hati dan gembira kerna kali ini aku boleh lagi menyambung karangan aku ini.
Perjalanan aku kali ini bersama saudara-saudaraku melibatkan perjalanan Kuantan-Kemaman. Dekat sedikit dari perjalanan sebelumnya. Letih tapi
bedeghak punya pasal aku teruskan juga demi sebuah pengalaman
live khas untuk blog ini.
Mula-mula macam biasalah penuhkan ruang yang kosong dahulu barulah padat & tidak longgar. Berjamu nasi di sebuah kedai dalam perjalanan ke Kuantan. Ini kali pertama aku singgah di kedai yang cukup menarik minat aku sepanjang perjalanan ke Kuantan. Biasanya menarik minat pun hasratku tidak kesampaian untuk singgah disebabkan faktor usia muda hehe..
|
HENTIAN PERTAMA |
Sampai sahaja di kedai aku masuk terus minta nasi sambil mencedok lauk kegemaran. Aku ambil ikan keli goreng dengan telur masin dan sedikit kuah gulai kuning. Masa untuk santapan diraja. Ahli kelab yang lain masing-masing menyertai acara gaya bebas ambil lauk dan terus menerpa ke meja makan kerna faktor kelaparan yang kronik hehe..
|
MUKA BERSEDIA UNTUK SANTAP |
Itu yang pertama seterusnya ahli kelab yang kedua & ketiga..
|
MASA BILA MAKAN TENGOK-TENGOK DAH LICIN |
Aku baru siap makan jadi lambatlah gambar aku kena rakam. Alhamdulillah kenyang rasanya dan kini aku bersedia untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke Kuantan. "Hati rasa gembira bila perut dah kenyang hati suka lalala boleh terus berjalan".
|
MUKA KENYANG |
Selepas selesai sesi membayar harga makanan aku terus menuju ke tempat
parking kereta. Apa lagi aku pun rakam gambar kereta yang banyak berjasa pada kami adik beradik. Semoga Allah mengizinkan agar kereta ini masih boleh berkhidmat untuk generasi seterusnya amin..
|
KERETA YANG BANYAK BERJASA |
Sedang aku hendak masuk ke dalam kereta aku terpandang sosok tubuh dua manusia yang cukup aku kenali berdiri di sebelah pembelah kelapa. Aku yang kehairanan keluar semula lalu bertanya kenapa mereka berdua berdiri di situ. Rupa-rupanya Cik Paskau sedang membungkus air kelapanya yang tidak habis diminum. Hahaha untuk elakkan pembaziran katanya..
|
BUNGKUS JANGAN TAK BUNGKUS |
Aku suka bila Cik Paskau cakap rasa nak muntah bila minum air kelapa selepas habis makan nasi. Kami pun meneruskan perjalanan ke Kuantan selepas singgah makan. Mata aku pun mulalah mengantuk ditambah pula dengan badan letih perut kenyang berat rasanya mata. Maka aku pun mengembara sebentar ke alam yang tiada penghujungnya.
|
DREBAR ISI MINYOK.. |
Wallahu A'lam..
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment