Sunday, March 31, 2013

AKU & KELUARGA - MAKAN MAKAN MAKAN

Alhamdulillah..Aku bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan izin yang diberikan aku mampu mencoret lagi di blog yang hidup segan mati tak mahu ini.
MASJID KG JABI
Sesungguhnya tiada daya upaya aku melainkan dengan rahmat Allah yang teramat luas aku masih lagi boleh menaip dan boleh meluangkan masa yang kononnya sibuk sepanjang waktu. Kali ini aku terfikir untuk merakamkan kembali sedikit sebanyak pengalaman bersama keluarga dalam blog ini yang sebahagiannya dihabiskan di kedai makan & restoran kerna hanya itulah kegemaran kami. Sebahagian gambar yang ada dalam pos ini adalah koleksi yang berbeza masa & tempat cuma aku menghimpunkan dalam satu pos bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan blog.

Perjalanan bermula di Kemaman menuju ke Besut dan banyak perhentian di antara kedua daerah tersebut yang sempat dirakam walaupun tidak sebanyak mana namun cukuplah untuk dikenang sebagai kenangan indah. Antaranya buat pertama kalinya aku merasai apa yang disebut Bakso. Rasanya seperti sup tapi lebih pedas & banyak rempahnya.
BAKSO PERTAMA DALAM HIDUPKU
Aku juga berpeluang merasai sup tulang yang enak dan lazat walaupun kuahnya sedikit cair namun mampu menyentap liurku untuk menikmatinya.
SUP TULANG PADANG KUBU
Alhamdulillah Allah Maha Pemurah diberikan kenikmatan kepada kami untuk merasai makanan yang lazat-lazat terutamanya adik aku yang bongsu. Tolok batu kayu jah!
JANGAN TIRU AKSI INI
Aku hanya minum air barli sebab lama benar rasanya tidak minum air barli lalu aku pesan air barli suam  untuk memenuhi kehendak tekak yang dahagakan air barli. Alhamdulillah..
AIR BARLI SUAM YANG LAZAT
Memanglah kalau dihitung nikmat Allah untuk kita tidak mungkin dapat dihitung kerna terlampau banyak nikmat yang Allah berikan. Lepas makan itu makan ini, habis makanan itu makanan ini. Habis nasi makan sate. Habis sate makan burger. Habis makan burger pesan mee goreng mamak. Tidak cukup lagi chicken chop tambah nasi goreng telur mata kerbau. Itu baru makanan tambah lagi minuman lepas air barli, milo beng(ais) tidak cukup segelas tambah lagi segelas. Habis segelas minta lagi sirap laici tidak cukup segelas tambah air batu kosong dua gelas, huh! Maka nikmat Allah yang mana yang kita boleh dustakan? Tadak, no, nehi, illek! Tengoklah adik-adik aku ini yang membuktikan nikmat Allah itu teramatlah besar untuk keluarga kami Alhamdulillah..
ROTI CANAI MILO
Ini Mambang Telur entah macam mana hari itu dia minta roti canai milo. Aku yang tidak pernah mendengar nama itu termenung kehairanan. Bagaimanakah rupa mugo tersebut pun aku tidak tahu. Bila roti tersebut sampai di hadapan kami baru aku mengerti apakah makanan itu yang bernama roti canai milo. Memang pelik roti berintikan milo. Rasanya? Mungkin itu kali terakhir aku makan roti tersebut. Disebabkan rasanya yang tidak serasi dengan liurku maka aku izinkan roti tersebut tidak termasuk dalam senarai makanan kegemaranku biarkanlah..

TENGOK SAIZ DAA
Begitu juga dengan Bigshow ini cukup berselera untuk menikmati hidangan yang diminta. Sebesar-besar pinggan yang kelihatan itu penuh dengan isi muatan timbunan makanan yang berbagai aneka. Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku kerana keluarga kami telah diasuh untuk tidak membazir dalam soal makanan. Abah cukup marah jika anak-anak membazir dalam soal makanan. Ma pula tetap berpegang teguh dengan pepatah orang tua lama dalam soal makan iaitu biar batel jangan bazir. Maksudnya biar gemuk jangan membazir hehehe. Mungkin kerna berpegang dengan didikan mereka berdualah adik-adik aku memiliki bentuk badan yang langsing bagaikan badak air.

Ini seorang lagi bila mendapati makanan terhidang di hadapannya maka hilanglah angan-angannya untuk dunia. Fokus utama hanyalah tertumpu pada makanan yang dikajinya satu persatu. Lebih layak digelar Food tester kategori junior.
FOOD TESTER JUNIOR (BAJU MERAH)
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dialah Allah yang menurunkan hujan dari langit sebagai sumber rezeki untuk hamba-hambaNya dan Dialah Allah yang mengeluarkan tanam-tanaman dari perut bumi sebagai tanda kekuasaanNya dan tiada yang setara dengan Allah kerna Allah Maha Kaya lagi Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu..

Dalam perjalanan ini juga Allah tetap mengingatkan kami hamba yang lemah agar sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan jangan melampaui batas. Di satu pagi yang damai ketika aku & abah keluar mencari kedai-kedai yang boleh memikat selera kami untuk sarapan pagi, kami dikejutkan dengan kemalangan yang berlaku berdekatan dengan simpang keluar ke jalan utama. Kelihatan anggota polis bertugas mengawal lalu lintas kerna sebuah kereta tersadai di pertengahan pembahagi jalan. Puncanya? Wallahu a'lam..
INILAH KERETA TERSEBUT
Setelah beredar dari lokasi kemalangan, kami terus menyusur ke bandar Jerteh untuk menikmati sarapan pagi kami. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan sebuah kedai yang saiznya kecil sahaja namun menunya, MasyaAllah mantap!
ADA BERANI KA??
Alhamdulillah setelah selesai makan kami pun pulang ke rumah bagi meneruskan langkah kami untuk menyelesaikan agenda-agenda yang telah kami rancang sebelumnya. Diringkaskan penulisan ini setelah selesai segala maslahat umum di Besut dengan izin Allah jua, kami terus berpatah pulang ke Kemaman kerna aku perlu bekerja mencari rezeki kembali di bumi Allah ini sementara tibanya hari Malaikat Maut mengambil nyawaku untuk kembali menghadap Allah Al Kholiq. Dalam perjalanan ke Kemaman sempat kami singgah sembahyang Maghrib di Masjid Durian Mentangau kalau tidak salah aku dan itulah gambar terakhir sempat aku rakam kerna bateri kamera telah kehausan disebabkan kekurangan cas. Tiada apa-apa hanya ucapan Alhamdulillah sebagai tanda aku bersyukur dengan nikmat Allah walaupun hakikatnya tidak mampu untuk aku mengiranya dengan balasan amal solehku pada Allah..
PILOT & CO PILOT
InsyaAllah dengan izin & rahmat Allah lain kali aku akan menulis lagi dalam blog ini sebagai catatan sejarah perjalanan hidupku yang penuh kenangan untuk dikenang masa akan datang..Wallahu a'lam!

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT