Saturday, July 27, 2013

RAMADHAN DI KOTA BHARU

Bismillahhir Rohmannir Rohim..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad..

Alhamdulillah..Di bulan yang mulia ini aku dizinkan Allah untuk mengembara lagi ke negeri yang diberkati negeri Kelantan Darul Naim. Tujuan aku pergi kali ini hanya untuk melawat adik yang belajar di sana. Namun kerinduan hati terhadap tanah Kelantan ini terubati kerna dapat juga aku menjejak kaki di sana sambil menikmati tempat-tempat yang banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku. Hari pertama aku pergi ke Bunut Payong tidaklah banyak yang boleh diceritakan kerna masa yang ada banyak dihabiskan dalam kereta. Namun sebagai satu tanda kenangan aku merakam juga sekeping gambar di Kota Bharu.
KG BUNUT PAYUNG
Alhamdulillah..Selesai urusan mengambil adik di Kota Bharu pada hari pertama, kami pulang kembali ke Jerteh. Hari kedua selepas sahaja solat Subuh kami beransur bergerak ke Kota Bharu. Tiba di Kota Bharu kami menyelesaikan urusan adik di CIMB Bank. Selepas itu Cik Paskau mengajak kami untuk bergambar di kawasan Istana Jahar kerna lama sudah dia ingin bergambar di sana. Kami pun terus menuju ke sana untuk bergambar.
DEPAN ISTANA JAHAR
Aku apa lagi tidak melepaskan peluang bergambar. Yang paling aku mahu adalah bergambar dengan meriam yang ada di situ. Aku pun menyuruh Cik Paskau merakam gambar aku bersama meriam. Alhamdulillah tercapai juga hasratku. Syukur ke hadrat Allah yang Maha Besar!
AKU & MERIAM
Betapa aku rasa sangat gembira. Selepas bergambar di situ. Kami pun terus berangkat pulang menuju ke Kemaman kerna esok aku sudah mula bekerja. Selepas menghantar adik di tempat belajar kami tidak singgah di mana-mana. Dalam kereta Ma berpesan agar membeli daging dalam perjalanan lalu aku singgah di satu wakaf yang menjual daging. Sebagai kenangan aku turut merakam gambar daging tersebut hehehe..
BAKAL SUP TULANG
Selepas membeli daging, aku bergilir dengan Cik Paskau biar dia yang memandu pula. Sebaik sahaja kereta meluncur deras di jalanraya, mata aku pun dengan automatiknya rasa berat. Lalu tanpa berlengah lagi aku berangkat menuju ke alam kematian yang kecil.. Sedar tidak sedar aku terkejut apabila Ma di belakang memanggil namaku bangun semaye katanya. Rupanya kami telah tiba di masjid. Lalu dengan pandangan yang masih berpinar-pinar menahan mengantuk aku gagahkan juga diri untuk turun solat. Pemandangan yang indah menyegarkan sedikit pandangan mata maklumlah tempat berkat..
MASJID YANG CANTIK
Turun dari masjid, aku terasa segar namun rasa letih tetap ada. Sebelum tiba di Kemaman, kami singgah dahulu di bazar Ramadhan Dungun untuk membeli apa yang patut. Aku hanya beli air nyo 3 plastik kerna untuk menyejukkan tubuhku yang panas waktu berbuka nanti. Sekian dahulu pengalaman aku kali ini Wallahu A'lam..

W.K AZIZ

Sunday, July 21, 2013

AKU & KELUARGA - JOHOR DARUL TAKZIM

Bismillahhir Rahmannir Rohim..Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akhbar Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil A'li hil A'zim..

Allah Humma Solli Wasallim Wabarik A'la Saidina Muhammad Waa'la Alihi Wasohbihi Ajmai'n. Syukur aku zahirkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala henya dengan izin dariNya sahaja aku dapat berbicara di dalam blog ini. Syukur sangat-sangat. Seperti yang telah dinyatakan kali ini aku & keluarga mengembara ke bumi Johor yang tersangatlah aku idamkan untuk pergi. Alhamdulillah Allah mengizinkan hasrat aku itu maka sampailah aku di Johor.

HARI PERTAMA

Perjalanan dari Kemaman ke Johor amat menguji ketahanan mental & fizikal kerna ini kali pertama aku memandu jauh luar dari zon pantai timur. Pengalaman katakan. Memang benar jauh namun aku sangat beruntung kerna kali ini aku dapat mengenali jalan ke Johor ini yang rupanya tidaklah sesukar yang disangka.

Tujuan kali ini sebenarnya kami ingin menziarahi ahli keluarga yang baru lahir iaitu anak sepupu aku. Maka Ma akulah yang mengajak kami ke Johor. Diringkaskan cerita setelah mengharungi lebuhraya & tol yang ada di Johor itu akhirnya aku sampai juga di tol menuju ke Senai. Di sana sepupu aku Abe Lim telah menunggu kami kerna dia sanggup untuk menjadi penunjuk jalan untuk kami selama berada di Johor.
DISAMBUT OLEH ABE LIM
Aku yang masih dalam mood gembira & teruja tidak melepaskan peluang lalu merakam gambar kereta yang banyak berjasa pada kami sekeluarga.
SYUKUR KE HADRAT ALLAH UNTUK KEMUDAHAN INI
Dari RNR Senai kami dibawa Abe Lim pergi ke rumah adiknya Kak Uni. Jadi tujuan kami ke Johor untuk melihat anak Kak Uni inilah. Tiba sahaja di rumah Kak Uni aku terus merakam gambar di hadapan rumah Kak Uni.
PIJAK BUMI JOHOR
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Maka selepas bergambar aku pun masuk ke dalam rumah. Segala keletihan hilang sebaik terpandang wajah insan suci ini. Dialah asbab kedatangan kami ke bumi Johor ini.
SUBHANALLAH TIDUR YE
Aku yang begitu ralik  memandang wajahnya tidak sedar bila masanya makanan terhidang. Apa lagi dengan status perut yang lapar aku santap terus.
GORENG PISANG PUN JADI
Sambil makan aku sambil dengar sepupuku Abe Ze berbual. Sempat juga aku merakam gambar Abe sedang rancak berbual. Aku dengar pun tidaklah bersungguh sangat kerna mata aku rasa berat mungkin keletihan.
MACAM CIKGU DISIPLIN
Aku yang rasa mengantuk bangun lalu keluar ke halaman rumah menghirup udara segar. Sambil melihat sekeliling aku memerhatikan kawasan perumahan tersebut. Kebanyakan penduduk di situ berbangsa Cina namun mereka tidak sombong bila aku menegur mereka. Sebaik aku mahu masuk semula ke dalam rumah Abe Ze pun keluar & berbual pula dengan ayah mereka iaitulah bapa saudara aku Ayoh Ngoh. Abe Lim pun turut serta sama berbual.
SERIUS BENAR NAMPAKNYA
Entah apa yang dibualkan mereka namun nampaknya macam hal besar. Kerna selepas itu aku lihat Abe Lim pergi pula berbual dengan Abah aku macam mengadu sesuatu.
MENGADU APA TU
Aku yang tidak mahu campur urusan tersebut menjauhkan diri lalu aku nampak budak-budak sedang bermain lalu aku panggil mereka untuk bergambar. Mereka pun bukan orang lain anak sepupu aku juga iaitu anak Abe Ze & Abe Lim.
3 SEPUPU
Selepas bergambar Abah mengajak pula pergi ke rumah Abe Lim. Mungkin kami akan bermalam di sana. Lalu dari rumah Kak Uni kami bergerak pula ke rumah Abe Lim. Di situlah kami mandi & sembahyang Maghrib jamak dengan Isyak. Selepas itu Abah mahu Abe Lim bawa kami ke rumah seorang lagi sepupu aku iaitu rumah Abe Keru. Selepas bersiap kami pun pergi pula ke rumah Abe Keru.
HALAMAN RUMAH ABE KERU
Kebetulan pada masa kami tiba ayah mertua Abe Keru ada juga di situ. Maka lamalah berbual. Aku pula diminta Abe Keru untuk mengurut kerna dia sakit urat pinggang lalu aku pun mengurut Abe Keru. Siap mengurut Abah mengajak kami ke rumah Kak Ana & Abe Ise. Sebelum pergi sempat aku bergambar bersama Abe Keru.
AKU & ABE KERU
Lepas bergambar dengan Abe Keru ada pula suara minta bergambar juga. Aku pun minta gambar kami bertiga dirakam bersama. Oh Abe Lim..
ABE LIM, ABE KERU & AKU
Dari rumah Abe Keru kami pergi ke rumah Abe Ise namun Abe Ise keluar berniaga cuma Kak Ana sahaja kami jumpa. Selepas berbual seketika kami minta diri untuk pulang berehat. Tiba di rumah Abe Lim tidak lama aku berbual terus tidur kerna keletihan.

HARI KEDUA

Alhamdulillah aku bersyukur masih lagi diizinkan oleh Allah untuk melihat alam ini. Pagi ini terasa dingin benar. Aku bangun untuk sembahyang Subuh walaupun agak lewat sedikit. Jam telefon menunjukkan pukul 6 lebih sewaktu aku sedar. Selepas sembahyang Subuh, Abah suruh bersiap kerna kami akan pergi makan selepas itu terus singgah di rumah Kak Uni lalu berangkat pulang ke Kemaman. Tanpa banyak soal aku teus bersiap dan kami pun turun dari rumah Abe Lim kemudian tuju pula ke rumah Kak Uni.

Di rumah Kak Uni sempat juga aku merakam gambar Abah & Ma bersama cucu baru. Sungguh gembira mereka berdua nampaknya.
ABAH MENEGUR CUCU
Ma pun nampak gembira bila melihat Abah bermain dengan cucu baru. Entah apa yang dikatakan aku tidaklah ambil kisah cuma kegembiraan menyambut cucu membuatkan aku berfikir Ma & Abah tiada cucu lagi patutlah gembira dengan cucu baru ini hehehe..
GAYA ATUK & NENEK
Selepas bermohon diri dari rumah Kak Uni kami dengan bantuan Abe Lim menuju keluar dari kesesakan bandar menuju ke lebuhraya yang menghubungkan Johor & Pahang. Terima kasih Abe Lim hanya Allah layak membalas budi Abe Lim. Dalam perjalanan aku ternampak sebuah rumah tumpangan yang unik binaannya. Apa lagi aku pun rakam terus rumah tersebut.
SUBHANALLAH
Perjalanan diterukan menyusuri lebuhraya menuju ke Negeri Pahang. Kata Abah kalau ikut jalan ini boleh kenal banyak tempat menarik. Aku yang seronok mendengarnya rasa teruja ingin segera sampai ke tempat menarik itu. Perjalanan pulang kali ini terasa begitu cepat mungkin keadaan tubuh aku yang masih lagi segar kerna cukup rehat menghilangkan rasa bosan memandu. Akhirnya kami tiba juga di sebuah tempat dalam negeri Pahang. Di situ kami berhenti untuk mengisi perut yang sudah lapar kerna waktu pun sudah tengahari & hampir ke petang. Lalu kami pun singgahlah di sebuah kedai yang bagi aku masakan di kedai ini memang First class. Mana tidaknya lauk yang aku makan memang sangat menepati citarasa aku & keluarga.
LIHATLAH LAUK YANG TERAMAT SEDAP ITU
Selepas makan kami tuju pula ke masjid untuk sembahyang. Dalam masa itu sempat aku suruh Wodek rakam gambar waktu aku memandu. Terima kasih Wodek.
CONTROL DAA..
Kami akhirnya menemui sebuah masjid yang sangat cantik & indah Landskapnya lalu sebelum sembahyang aku minta gambar aku dirakam sebagai tanda penghargaan aku untuk keindahan kawasan masjid itu.
AKU KO POKOK HOK SENGET??
Sebelum berangkat pulang ke Kemaman, aku minta untuk merakam gambar Abah & Ma sebagai kenangan berada di masjid indah di negeri Pahang itu.
LATAR BELAKANG YANG INDAH
Aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah kerna dengan izinNya aku dapat jejakkan kaki di bumi yang selama ini aku idamkan untuk pergi. Terima kasih Ya Allah!

W.K AZIZ

Saturday, July 13, 2013

AKU & KELUARGA - HSNZ KUALA TERENGGANU

Bismillahir Rohmannir Rohim..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad Waa'la alihi Wasohbihi Wasallam. Alhamdulillah di kesempatan ini aku masih lagi mampu menaip di blog ini dengan izin Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pangasihani.

Suatu hari aku dikejutkan dengan berita Tok sepupuku dimasukkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Tok sepupu ini lebih dikenali dengan nama Poklong Deraman yang merupakan sepupu kepada arwah Mok(nenek) aku. Kebetulan pada hari tersebut aku sekeluarga pulang ke Jerteh. Seperti biasa kami pulang ke kampung untuk melihat projek perumahan kami yang separuh siap. Di Jerteh kami telah merancang untuk ke Kuala Terengganu selepas melawat projek perumahan. Sempat juga kami singgah di kedai untuk mengisi perut.
INILAH MENU KAMI
Juadah yang dicari tidak bertemu kerna niat di hati ingin bersantap nasi. Tinjau punya tinjau maka bertemu sebuah kedai yang menghidangkan hidangan ABC. ABC pun ABClah bolehlah sekadar menghilangkan dahaga di hari yang agak panas.

MA MENIKMATI ABC
ABAH & WODHEK
Kami tidak kisah walaupun tidak makan nasi kerna kami menjangkakan akan makan bila tiba di Kuala Terengganu nanti. Aku yang kelaparan terpaksa juga mendiamkan diri. Namun disebabkan keluarga yang lain juga lapar seperti aku, maka redha itu lebih baik bagiku hehe..
MUKA LAPAR DAA
Oleh kerna cuaca hari itu agak panas adik-adikku menikmati hidangan ABC tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Makan-makan..
SUAP JANGAN TAK SUAP
MAKAN 'PERABIS' INI KALILAH
Selesai sahaja makan di situ kami meneruskan perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu untuk menziarahi Poklong. Hajat di hatiku bila sampai di hospital nanti hendak juga merakam sebanyak mungkin gambar namun hasratku terbantut disebabkan aku melihat bateri kamera ada 2 bar lagi. Jadi aku kena berjimat kerna takut tidak sempat untuk merakam gambar dalam perjalanan balik nanti.

Setelah sampai di hospital, kami menziarahi Poklong namun dia masih berada dalam ICU dan sesiapa yang ingin melihat beliau perlu masuk berdua sahaja maknanya kami terpaksa bergilir sesama kami. Ramainya orang bukan orang lain. Semuanya penuh dengan anak beranak kami sahaja dari kampung. Ruginya aku tidak dapat mengambil gambar mereka semua.

Selesai melawat kami beransur pulang kerna hari sudah lewat petang tambahan kami tidak solat Asar lagi. Dari hospital kami menyusur perlahan-lahan ke Masjid Kg Ladang. Mungkin inilah masjid yang sering disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya. Memang cantik masjid ini dan siap dilengkapi berbagai kemudahan antaranya kerusi urut eletrik. Abah aku pula sebaik sahaja siap solat terus duduk dan menikmati urutan di atas kerusi urut tersebut.
ABAH MENAHAN SAKIT MENGURUT
Khusyuk nampaknya abah mengurut kerna dia sudah lama sakit urat. Kesian abah. Namun selepas mengurut di kerusi itu dia kelihatan lebih segar dan ceria. Syukur Alhamdulillah..
WAJAH CERIA ABAH SELEPAS MENGURUT
Sewaktu aku lepas merakam gambar ini, aku disapa oleh satu suara yang amat ke kenali. Aku dapat mengagak bahwasanya suara ini inginkan agar gambarnya turut sama dirakam. Baiklah permintaan diterima.
OK KO GAMBAR NI?OKLAH
Sebelum meninggalkan kawasan masjid sempat juga aku merakam gambar aku sebagai kenangan aku pernah singgah di masjid tersohor ini.
ALHAMDULILLAH..
Dari bandar Kuala Terengganu kami menyusur terus melalui jalan pantai dan kami singgah pula makan di Setiu. Sebuah kedai yang menarik untuk kami sekeluarga menjamu selera.
NAMA KEDAI YANG UNIK
Bukan setakat nama kedai sahaja menarik hidangan yang disediakan pun menarik selera kami. Lihatlah aksi hamba Allah ini. Sangat teruja hingga meminta 3 gelas air kecil, sederhana & besar.
3 DALAM 1
Hidangan di kedai ini amatlah sedap hingga masing-masing menikmati hidangan tanpa menghiraukan apa yang terjadi di sekeliling hehe..
MAKANLAH ADIKKU
Selepas kenyang kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa. Alhamdulillah sungguh indah kenangan perjalanan aku kali ini. Terima kasih Ya Allah..

W,K AZIZ

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT