Bismillahhillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardh Wala Fissama' Wahuwas Sami'u'l A'lim..
Allahumma Solli Wasallim A'la Saidina Muhammad Sollallahhu A'laihi Wasallam..
|
BERGAMBAR SEKEPING |
Alhamdulillah..Perjalanan yang panjang kali ini tidaklah terasa begitu jauh disebabkan hati aku sangat gembira bila sebut sahaja ingin balik Kelantan. Sudah lama rasanya kami sekeluarga tidak balik ke Kelantan. Dengan izin Allah kali ini kami boleh lagi menjejakkan kaki di bumi negeri Cik Siti Wan Kembang. Seperti biasa pada pagi itu selepas berlepas dari rumah kami menyusur perlahan-lahan mencari tempat untuk makan. Dan akhirnya bertemulah jua sebuah kedai yang kelihatan ramai juga pengunjungnya. Aku & keluarga pun masuk lalu menikmati apa yang terhidang.
|
MENIKMATI SARAPAN PAGI |
Selepas siap menikmati sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan. Kami berbual panjang sekeluarga. Dari Kemaman hinggalah tiba di Besut tidak sedar rasanya begitu cepat bagaikan jarak perjalanan begitu dekat. Aku jangka akan tiba selepas solat Jumaat namun kami tiba awal. Tanpa berbicara panjang selepas berhenti seketika di Besut, aku & keluarga meneruskan perjalanan manuju ke Machang. Niat aku kali ini untuk membawa keluarga makan di sebuah kedai yang sangat sedap hidangan supnya. Alhamdulillah tercapai jua hasratku.
|
SUP TULANG KEGEMARANKU |
Begitu gembira aku bila melihat keluarga makan dengan penuh berselera. Alhamdulillah aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah..
|
CIK PASKAU BERSAMA SUP DAGING |
Lihatlah gelagat keluargaku ini sungguh aku gembira melihat mereka menjamu selera.
|
MAKE KENYE DEH |
|
SUKONYO TENGOK DEMO NI MAKE |
Alhamdulillah..Selepas kenyang menikmati hidangan lazat di Machang, kami bergerak pula menuju ke destinasi seterusnya iaitu Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang, Kelantan. Sebelum itu kami singgah dahulu di Masjid Kg Batang Merbau untuk solat Asar.
|
MASJID BATANG MERBAU |
Apa yang menarik perhatian aku di masjid itu jugalah aku dapat mengenali tokoh-tokoh ulama Melayu Nuasantara..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.
|
SUNGGUH AKU RASA SEBAK DI HATI |
Turun dari masjid kami terus menuju ke Rantau Panjang melalui jalan lama. Banyak yang kami bualkan sebelum tiba di sana kerna lama sungguh kami tidak ke sana. Menurut abah & ma kali terakhir kami ke sana sewaktu aku masih kecil. Akhirnya dengan izin Allah kami sampai juga di Rantau Panjang. Gembira bukan kepalang kami sekeluarga.
|
MUKA CERIA SEBAIK TIBA |
Muka masing-masing gembira yang amat sangat. Lihatlah Uteh ini yang sentiasa tersenyum melihatkan suasana di Rantau Panjang ini hingga tidak perasan gambarnya dirakam.
|
UTEH YANG GEMBIRA |
Sukanya kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebelum aku meninjau kawasan tersebut sempat juga aku merakam sekeping gambar latar belakang bandar Rantau Panjang.
|
PEMANDANGAN DARI TEMPAT PARKING KERETA |
Dapat sahaja pemandangan bandar aku pun terus menuju ke tempat orang menjual berbagai jenis barangan. Sedang aku ralik memerhati barangan yang teramat murah, aku sendiri tidak perasan 3 insan yang amat aku kenali berada di depanku. Sampai dekat baru aku perasan hehehe..
|
GAYA LIPAT SIKU ANAK BERANAK |
Aku yang rasa gembira dan masih berbunga rasa tersebut di hatiku terus meminta untuk dirakamkan gambar.
|
BERGAMBAR LAGI |
Puas hati aku dapat bergambar di tempat yang membuatkan kami sekeluarga teruja & gembira. Destinasi seterusnya aku jejaki menurut langkah kaki. Di sini aku temui apa yang selama ini aku cari iaitu kelengkapan sewaktu dalam askar dulu. Syukurlah walau tidak lagi dalam perkhidmatan namun menemui kelengkapan perang ini membuatkan hati aku gembira yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. Dari kedai tersebut aku bergerak pula ke kawasan tempat orang menjual kain baju & alat kelengkapan dapur. Ini tidak lain kerna mengiringi
Mem Besau untuk melihat apa yang dihajatinya. Aku hanya menurut sahaja.
|
KAIN KAIN KAIN! |
Oleh kerna takut sesat di tempat yang begitu ramai orang maka aku meminta adik-adik agar mengikut sahaja aku & ma untuk sementara. Ternyata ada yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang hahaha..
|
INILAH PENYOKONGNYA |
|
INI PULA PIHAK PEMBANGKANG |
Walaupun begitu mereka tetap sehati sejiwa kerna masing-masing saling memerlukan. Ibarat kata pepatah 'Air yang dicincang tidak akan putus inikan pula hubungan adik beradik' apatah lagi umur mereka berdua ini tidak banyak bezanya maka persefahaman yang wujud sesama mereka lebih kuat berbanding aku yang berumur lebih tua dari mereka berdua. Gambar berikut membuktikan segalanya hehehe..
|
ADIK & ABANG BERPISAH TIADA |
Dek kerana terlalu ralik dengan bergambar & melihat barang-barang yang begitu murah kami tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Tengok jam hari sudah lewat petang dan tidak lama lagi senja akan menjelma tiba. Selepas membeli apa yang patut aku pun mengajak mereka menuju ke kereta kerna aku bimbang abah menunggu kami begitu lama. Kasihan juga jika abah berdiri menunggu kami sedangkan kami di sini ralik membeli. Sebelum berjalan ke kereta sempat juga aku bergambar di tempat tersebut.
|
KAWAL KELETIHAN DALAMAN |
Berjalan punya berjalan akhirnya kami berempat tiba juga di tempat parking kereta. Gembiranya bila melihat wajah abah yang kelihatan gembira menayangkan baju yang baru dibelinya pada kami. Ma yang begitu gembira mengajak abah untuk bergambar dan gambar inilah yang paling berharga bagi aku kerna melihat senyuman manis keduanya membuatkan hati aku merasa amat tenang & bahagia..Alhamdulillah syukur.
|
WAJAH CERIA ABAH & MA |
Akhirnya setelah seharian berkampung di Rantau Panjang, aku & keluarga pun mahu berangkat pulang. Namun sebelum pulang aku sempat lagi merakam sekeping gambar sebagai kenangan kami ke sini.
|
SAYONARA RANTAU PANJANG |
Akhirnya besar harapan aku dengan izin Allah aku harap aku akan berkunjung lagi ke Zon Bebas Cukai ini di masa akan datang Insyaallah..
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment