Tuesday, June 11, 2013

AKU & KELUARGA - KAMI KE LEPAR

PEMANDANGAN SISI RUMAH
Bismillahhi Rohmannir Rohim..Alhamdulillahhi Robbil A'lamin. Wassolati Wassalam A'la Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in..

Syukur aku ke hadrat Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Dia yang mengizinkan aku untuk menulis lagi dalam blog ini yang semakin bertambah bilangan cerita dalamnya.

Alhamdulillah..Seperti yang telah aku sebutkan di dalam cerita sebelum ini iaitu Kenduri Pondok Pasir, perjalanan ke Lepar ini merupakan langkah kedua aku & keluarga setelah berundur dari sana. Tujuan utama ialah untuk menolong sepupu aku mengangkut barang-barang kerna dia berpindah rumah ke Kemaman.

Dari Pondok Pasir, kami secara santai bergerak perlahan-lahan menyusuri lebuhraya Kuantan. Cuaca waktu itu agak mendung menandakan hari akan hujan. Namun aku berdoa ke hadrat Allah agar hujan tidak turun di masa kami masih lagi dalam perjalanan menuju ke rumah sewa sepupu aku itu.

Setelah melalui perjalanan yang agak selesa kami pun tiba dengan selamat Alhamdulillah. Tiba sahaja di sana aku tidak melepaskan peluang terus merakam gambar di kawasan rumah tersebut.
KERETA PESERTA KONVOI
PEMANDU KERETA KONVOI
Sementara menantikan isteri sepupu aku pulang dari kerja, kami angkut dulu barang-barang yang tidak digunakan ke dalam kereta. Tapi melihatkan keadaan barang yang masih belum dikemaskan kami tunggulah seketika orang dalam rumah mengemas.
DALAM PROSES MENUNGGU
Sebenarnya bukan kami sahaja yang sabar menanti tetapi Tuan Rumah sendiri pun terpaksa menanti sambil mengasuh anak hehehe..
TUAN RUMAH@SEPUPU AKU
Sedang aku asyik memerhati kawasan sekeliling Tuan Rumah meyuruh aku meneliti sejenis pohon yang tumbuh di sudut rumah itu. Katanya pohon itu daunnya boleh dimakan sebagai ulam dicicah budu. Aku yang kehairanan terus menilik pohon itu. Apa namanya aku pun lupa.
INILAH POHON TERSEBUT
Aku pun ada cita-cita ingin merasai macam mana agaknya rasa daun pohon ini bila dicicah budu. Selepas melihat pohon tersebut aku bangun menuju ke kereta. Tiba-tiba ada pula hamba Allah panggil aku untuk bergambar. Aku layanlah main angin dia hehehe..
LAYAN..
Siap merakam gambar hamba Allah itu aku menuju ke kereta untuk melihat suasana pasukan sokongan. Masih menunggu lagi nampaknya.
TENGOK MUKA PUN TAHU DAH
Yang paling menarik perhatian aku insan berbaju hitam itu barangkali kepuasan yang amat sangat dihalaunya budak yang di atas trak itu lalu dia sendiri pula yang duduk dalam keadaan santai hehehe..
RILEK LU..
Setelah lama menunggu akhirnya yang ditunggu telah tiba.
VIP@BINI TUAN RUMAH
Alhamdulillah setelah VIP ini telah tiba maka kami pun dapat meneruskan kerja memunggah dengan lebih lancar. Sementara Bini Tuan Rumah bersiap kami terus menyiapkan tugas memunggah barang-barang ke dalam kereta kerna cuaca kelihatan mendung. Setelah selesai semuanya kami berehat sebentar. Aku mengambil peluang itu untuk solat. Selepas solat sempat lagi aku rakamkan gambar sebelum kami bertolak pulang.
AQILA DIAPIT ABAH & UTEH
AQILA & UTEH
Setelah selesai semuanya kami beransur bergerak perlahan-lahan kerna hujan yang turun agak lebat. Walaupun penat disebabkan memunggah barang namun aku berpuas hati kerna aku dapat merakamkan banyak gambar menarik di sepanjang perjalanan ke Lepar..Wallahhu A'lam!

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT