Friday, June 21, 2013

AKU & KELUARGA - KENDURI POK MAKYUNG

Bismillahhi Tawakkaltu A'lallah Wahuwa A'la Kulli Syaiin Qodir..Allahhumma Solli A'la Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallam..

Alhamdulillah, aku merafak sembah ke hadrat Allah yang menjadikan bumi ini dan segala isinya serta yang menjadikan langit dan segala isinya sebagai tanda kekuasaanNya. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang benar-benar mengenali dirinya sendiri.

Perjalanan kali ini aku teruskan bersama keluarga dan destinasi terpilih ialah sebuah rumah kampung dalam jajahan Pasir Putih, Kelantan dan MEK nama panggilan pemiliknya. Dan acara yang berlangsung adalah pernikahan puteranya. Kami sampai di sana selepas waktu Zohor dan tanpa berlengah lagi aku pun terus merakam gambar yang aku rasakan menarik untuk dikongsi dalam blog ini.
BERGAMBAR DAHULU
Biasalah aku sebelum makan di majilis kenduri perlulah merakam gambar dahulu kerna itulah tugas utamaku sebagai jurugambar tidak bertauliah hehehe. Kami disambut dengan amat gembira oleh MEK & anak-anak beliau termasuklah emak saudaraku yang merupakan anak kepada MEK. Ringkasnya MEK ini juga merupakan pangkat Tok pada aku.
KAMI DIRAI SEWAKTU TIBA
Begitulah suasana waktu itu. Hari yang panas namun berangin membuatkan kami selesa. Jadi kami berehat dahulu sebelum mengisi perut yang lapar. Menghilangkan penat setelah lama duduk di dalam kereta.
BEREHAT DULULAH..
Abah yang sememangnya lapar seperti biasa mendahului peserta lain menerima anugerah bahagian makan awal hehehe..Apa lagi abah terus menuju ke meja hidangan.
CEBOK..CEBOK 
Mungkin kerna terlambat makan, tiba-tiba abah mengadu perutnya sakit sampai berpeluh menahan sakit. Kasihan abah yang sakit perut. Namun abah masih mampu menghabiskan nasi walaupun perutnya meragam. Tabik abah!
ABAH MEMANG TABAH
Sedang abah berjuang menahan kesakitan di meja makan lain pula ma yang berlawanan pula reaksinya. Tidak ketinggalan juga seorang lagi cekmek yang mahu turut serta bergambar. Tidak mengapa aku bagi   chance!
BAKPO MEK TU??
Selepas itu sempat juga ku merakam gambar suasana majlis yang sederhana namun tetap ceria dengan kehadiran saudara-mara.
PANDANGAN BUCU
PANDANGAN SISI
Sempat juga aku merakam gambar pengantin yang baru turun dari rumah. Baru nak makan rupanya pengantin ini.
PENGANTIN BARU NAK MAKAN
Siap makan abah terus menuju dekat ma untuk meredakan nasi jatuh ke perut. Apa lagi aku terus merakam gambar keluarga aku ini.
MUKA KEKENYANGAN
Dalam kesibukan hendak berangkat pulang aku tiba-tiba terlihat satu kelibat yang amat aku kenali menghampiri kami. Itulah dia orangnya Bapa saudara aku yang baru sampai di majlis tersebut.
SAMPAI GOSOK KEPALA KENAPA TU?
Kebetulan pula MGK & Cik Paskau hendak bergambar aku pun merakam gambar mereka berdua sebelum balik.
MUKA CERIA MGK & CIK PASKAU
Sebelum berangkat pulang seperti biasa aku merakam gambar pengantin dahulu sebagai kenangan yang akan aku kenang dalam blog ini untuk tatapan masa depan. Terima kasih Mek selaku Tuan Rumah & Selamat Pengantin Baru!
SELAMAT PENGANTIN BARU
Sekian dahulu Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

Tuesday, June 18, 2013

AGRONET 2013

Bismillahir Rohmannir Rohim..Alhamdulillahhi Robbil A'lamin..Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad..

Syukur aku lafazkan ke hadrat Allah Yang Maha Sempurna ciptaanNya. Dengan izinnya kali ini aku mampu lagi menceritakan pengalamanku dalam blog ini. Pagi itu aku bekerja seperti biasa namun selepas mengemaskini data harian, aku dimaklumkan oleh Cik Ya bahawa hari itu AB membuat promosi untuk produk terbaru. Aku tahu setiap kali ada promosi maka ramailah yang out station. Lalu aku pun mengambil peluang ini untuk merakam gambar yang menarik untuk blog ini.
CIK YA SELAKU PROMOTER
KAK FIDA & KAK YE
Sebaik sahaja pelanggan yang hadir semakin meningkat bilangannya maka staf-staf AB pun tanpa membuang masa mengembeling tenaga untuk mempromosikan produk baru tersebut.
KAK IZE & DIK ATIE
KAK NOR SELAKU PROMOTER
Sebelum selesai promosi untuk sesi pertama maka aku pun merakam dua lagi gambar kerna untuk sesi kedua staf AB dari Kuala Terengganu pula yang akan mengambil alih tugas promosi.
CIK ADI SEDANG BERTUGAS
DIK ATIE MENGEMASKINI DATA
Maka setelah selesai tugas mereka, aku pun selesailah jua bertugas sebagai jurugambar. Alhamdulillah, ini pun sangat memuaskan hatiku untuk cetusan karyaku kali ini. Sekian Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

Sunday, June 16, 2013

AKU & KELUARGA - ZON BEBAS CUKAI

Bismillahhillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardh Wala Fissama' Wahuwas Sami'u'l A'lim..
Allahumma Solli Wasallim A'la Saidina Muhammad Sollallahhu A'laihi Wasallam..
BERGAMBAR SEKEPING
Alhamdulillah..Perjalanan yang panjang kali ini tidaklah terasa begitu jauh disebabkan hati aku sangat gembira bila sebut sahaja ingin balik Kelantan. Sudah lama rasanya kami sekeluarga tidak balik ke Kelantan. Dengan izin Allah kali ini kami boleh lagi menjejakkan kaki di bumi negeri Cik Siti Wan Kembang. Seperti biasa pada pagi itu selepas berlepas dari rumah kami menyusur perlahan-lahan mencari tempat untuk makan. Dan akhirnya bertemulah jua sebuah kedai yang kelihatan ramai juga pengunjungnya. Aku & keluarga pun masuk lalu menikmati apa yang terhidang.
MENIKMATI SARAPAN PAGI
Selepas siap menikmati sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan. Kami berbual panjang sekeluarga. Dari Kemaman hinggalah tiba di Besut tidak sedar rasanya begitu cepat bagaikan jarak perjalanan begitu dekat. Aku jangka akan tiba selepas solat Jumaat namun kami tiba awal. Tanpa berbicara panjang selepas berhenti seketika di Besut, aku & keluarga meneruskan perjalanan manuju ke Machang. Niat aku kali ini untuk membawa keluarga makan di sebuah kedai yang sangat sedap hidangan supnya. Alhamdulillah tercapai jua hasratku.
SUP TULANG KEGEMARANKU
Begitu gembira aku bila melihat keluarga makan dengan penuh berselera. Alhamdulillah aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah..
CIK PASKAU BERSAMA SUP DAGING
Lihatlah gelagat keluargaku ini sungguh aku gembira melihat mereka menjamu selera.
MAKE KENYE DEH
SUKONYO TENGOK DEMO NI MAKE
Alhamdulillah..Selepas kenyang menikmati hidangan lazat di Machang, kami bergerak pula menuju ke destinasi seterusnya iaitu Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang, Kelantan. Sebelum itu kami singgah dahulu di Masjid Kg Batang Merbau untuk solat Asar.
MASJID BATANG MERBAU
Apa yang menarik perhatian aku di masjid itu jugalah aku dapat mengenali tokoh-tokoh ulama Melayu Nuasantara..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.
SUNGGUH AKU RASA SEBAK DI HATI
Turun dari masjid kami terus menuju ke Rantau Panjang melalui jalan lama. Banyak yang kami bualkan sebelum tiba di sana kerna lama sungguh kami tidak ke sana. Menurut abah & ma kali terakhir kami ke sana sewaktu aku masih kecil. Akhirnya dengan izin Allah kami sampai juga di Rantau Panjang. Gembira bukan kepalang kami sekeluarga.
MUKA CERIA SEBAIK TIBA
Muka masing-masing gembira yang amat sangat. Lihatlah Uteh ini yang sentiasa tersenyum melihatkan suasana di Rantau Panjang ini hingga tidak perasan gambarnya dirakam.
UTEH YANG GEMBIRA
Sukanya kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebelum aku meninjau kawasan tersebut sempat juga aku merakam sekeping gambar latar belakang bandar Rantau Panjang.
PEMANDANGAN DARI TEMPAT PARKING KERETA
Dapat sahaja pemandangan bandar aku pun terus menuju ke tempat orang menjual berbagai jenis barangan. Sedang aku ralik memerhati barangan yang teramat murah, aku sendiri tidak perasan 3 insan yang amat aku kenali berada di depanku. Sampai dekat baru aku perasan hehehe..
GAYA LIPAT SIKU ANAK BERANAK
Aku yang rasa gembira dan masih berbunga rasa tersebut di hatiku terus meminta untuk dirakamkan gambar.
BERGAMBAR LAGI
Puas hati aku dapat bergambar di tempat yang membuatkan kami sekeluarga teruja & gembira. Destinasi seterusnya aku jejaki menurut langkah kaki. Di sini aku temui apa yang selama ini aku cari iaitu kelengkapan sewaktu dalam askar dulu. Syukurlah walau tidak lagi dalam perkhidmatan namun menemui kelengkapan perang ini membuatkan hati aku gembira yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. Dari kedai tersebut aku bergerak pula ke kawasan tempat orang menjual kain baju & alat kelengkapan dapur. Ini tidak lain kerna mengiringi Mem Besau untuk melihat apa yang dihajatinya. Aku hanya menurut sahaja.
KAIN KAIN KAIN!
Oleh kerna takut sesat di tempat yang begitu ramai orang maka aku meminta adik-adik agar mengikut sahaja aku & ma untuk sementara. Ternyata ada yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang hahaha..
INILAH PENYOKONGNYA
INI PULA PIHAK PEMBANGKANG
Walaupun begitu mereka tetap sehati sejiwa kerna masing-masing saling memerlukan. Ibarat kata pepatah 'Air yang dicincang tidak akan putus inikan pula hubungan adik beradik' apatah lagi umur mereka berdua ini tidak banyak bezanya maka persefahaman yang wujud sesama mereka lebih kuat berbanding aku yang berumur lebih tua dari mereka berdua. Gambar berikut membuktikan segalanya hehehe..
ADIK & ABANG BERPISAH TIADA
Dek kerana terlalu ralik dengan bergambar & melihat barang-barang yang begitu murah kami tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Tengok jam hari sudah lewat petang dan tidak lama lagi senja akan menjelma tiba. Selepas membeli apa yang patut aku pun mengajak mereka menuju ke kereta kerna aku bimbang abah menunggu kami begitu lama. Kasihan juga jika abah berdiri menunggu kami sedangkan kami di sini ralik membeli. Sebelum berjalan ke kereta sempat juga aku bergambar di tempat tersebut.
KAWAL KELETIHAN DALAMAN
Berjalan punya berjalan akhirnya kami berempat tiba juga di tempat parking kereta. Gembiranya bila melihat wajah abah yang kelihatan gembira menayangkan baju yang baru dibelinya pada kami. Ma yang begitu gembira mengajak abah untuk bergambar dan gambar inilah yang paling berharga bagi aku kerna melihat senyuman manis keduanya membuatkan hati aku merasa amat tenang & bahagia..Alhamdulillah syukur.
WAJAH CERIA ABAH & MA
Akhirnya setelah seharian berkampung di Rantau Panjang, aku & keluarga pun mahu berangkat pulang. Namun sebelum pulang aku sempat lagi merakam sekeping gambar sebagai kenangan kami ke sini.
SAYONARA RANTAU PANJANG
Akhirnya besar harapan aku dengan izin Allah aku harap aku akan berkunjung lagi ke Zon Bebas Cukai ini di masa akan datang Insyaallah..

W.K AZIZ

Tuesday, June 11, 2013

AKU & KELUARGA - KAMI KE LEPAR

PEMANDANGAN SISI RUMAH
Bismillahhi Rohmannir Rohim..Alhamdulillahhi Robbil A'lamin. Wassolati Wassalam A'la Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in..

Syukur aku ke hadrat Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Dia yang mengizinkan aku untuk menulis lagi dalam blog ini yang semakin bertambah bilangan cerita dalamnya.

Alhamdulillah..Seperti yang telah aku sebutkan di dalam cerita sebelum ini iaitu Kenduri Pondok Pasir, perjalanan ke Lepar ini merupakan langkah kedua aku & keluarga setelah berundur dari sana. Tujuan utama ialah untuk menolong sepupu aku mengangkut barang-barang kerna dia berpindah rumah ke Kemaman.

Dari Pondok Pasir, kami secara santai bergerak perlahan-lahan menyusuri lebuhraya Kuantan. Cuaca waktu itu agak mendung menandakan hari akan hujan. Namun aku berdoa ke hadrat Allah agar hujan tidak turun di masa kami masih lagi dalam perjalanan menuju ke rumah sewa sepupu aku itu.

Setelah melalui perjalanan yang agak selesa kami pun tiba dengan selamat Alhamdulillah. Tiba sahaja di sana aku tidak melepaskan peluang terus merakam gambar di kawasan rumah tersebut.
KERETA PESERTA KONVOI
PEMANDU KERETA KONVOI
Sementara menantikan isteri sepupu aku pulang dari kerja, kami angkut dulu barang-barang yang tidak digunakan ke dalam kereta. Tapi melihatkan keadaan barang yang masih belum dikemaskan kami tunggulah seketika orang dalam rumah mengemas.
DALAM PROSES MENUNGGU
Sebenarnya bukan kami sahaja yang sabar menanti tetapi Tuan Rumah sendiri pun terpaksa menanti sambil mengasuh anak hehehe..
TUAN RUMAH@SEPUPU AKU
Sedang aku asyik memerhati kawasan sekeliling Tuan Rumah meyuruh aku meneliti sejenis pohon yang tumbuh di sudut rumah itu. Katanya pohon itu daunnya boleh dimakan sebagai ulam dicicah budu. Aku yang kehairanan terus menilik pohon itu. Apa namanya aku pun lupa.
INILAH POHON TERSEBUT
Aku pun ada cita-cita ingin merasai macam mana agaknya rasa daun pohon ini bila dicicah budu. Selepas melihat pohon tersebut aku bangun menuju ke kereta. Tiba-tiba ada pula hamba Allah panggil aku untuk bergambar. Aku layanlah main angin dia hehehe..
LAYAN..
Siap merakam gambar hamba Allah itu aku menuju ke kereta untuk melihat suasana pasukan sokongan. Masih menunggu lagi nampaknya.
TENGOK MUKA PUN TAHU DAH
Yang paling menarik perhatian aku insan berbaju hitam itu barangkali kepuasan yang amat sangat dihalaunya budak yang di atas trak itu lalu dia sendiri pula yang duduk dalam keadaan santai hehehe..
RILEK LU..
Setelah lama menunggu akhirnya yang ditunggu telah tiba.
VIP@BINI TUAN RUMAH
Alhamdulillah setelah VIP ini telah tiba maka kami pun dapat meneruskan kerja memunggah dengan lebih lancar. Sementara Bini Tuan Rumah bersiap kami terus menyiapkan tugas memunggah barang-barang ke dalam kereta kerna cuaca kelihatan mendung. Setelah selesai semuanya kami berehat sebentar. Aku mengambil peluang itu untuk solat. Selepas solat sempat lagi aku rakamkan gambar sebelum kami bertolak pulang.
AQILA DIAPIT ABAH & UTEH
AQILA & UTEH
Setelah selesai semuanya kami beransur bergerak perlahan-lahan kerna hujan yang turun agak lebat. Walaupun penat disebabkan memunggah barang namun aku berpuas hati kerna aku dapat merakamkan banyak gambar menarik di sepanjang perjalanan ke Lepar..Wallahhu A'lam!

W.K AZIZ

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT