|
DI LUAR MASJID KG GEMURUH |
Bismillahhir Rahmannir Rahim..Allah Humma Solli A'la Saidina Muhammad. Alhamdulillah syukur sangat-sangat aku boleh lagi hadir dalam blog ini untuk menyambung episod lepas yang belum siap lagi iaitu perjalanan pulang dari Besut-Kemaman. Setelah selesai melawat tapak projek perumahan, aku dan keluarga terus berangkat pulang. Dalam perjalanan kami singgah dahulu di masjid Kg Gemuruh sebelum melalui lebuhraya. Di masjid tersebut aku sempat juga merakamkan beberapa keping gambar yang menarik untuk aku masukkan dalam blog ini.
|
JALAN DI BELAKANG MASJID |
Gambar posing tu sengaja aku minta tolong ahli kelab rakamkan sementara menantikan orang lain siap solat. Aku kebetulan hendak membuang air tidak sempat untuk merakam dua tiga keping lagi
pose aku. Kesudahannya aku pun tergesa-gesa dengan gaduh
loghak sikit berlari banyok berhungga nga air mato beline-line..Menuju ke tandas di tapak masjid lama nun jauh di belakang masjid baru.
Setelah siap melawaskan apa yang tersumbat, seterusnya aku merakam lagi gambar pemandangan kawasan masjid di belakang sana. Memang cukup cantik pemandangan tersebut walaupun bangunan lama kelihatan terbiar namun ia masih cantik dipandang.
|
PEMANDANGAN BELAKANG MASJID |
|
BANGUNAN LAMA YANG MASIH UTUH |
Setelah selesai segala urusan di masjid tersebut kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman namun bukan melalui lebuhraya seperti biasa tetapi melalui jalan lama Kuala Terengganu, Wallahu A'lam!
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment