Sunday, May 25, 2014

BICARA ILMU : PENGURUSAN HARTA

Bismillahhir Rohmannir Rohim..

Setiap orang memiliki harta. Justeru kita perlu tahu kaedah untuk menguruskan harta. Antaranya:

1. Penghasilan Harta - Berusaha dengan cara yang dibenarkan Islam dalam memiliki apa sahaja pendapatan yang akan dihasilkan menjadi harta sama ada berniaga atau makan gaji.

2. Pengembangan Harta - Mengembangkan harta dengan cara mempelbagaikan sumber pendapatan mengikut kemampuan diri dan elakkan berhutang. Contohnya berniaga kecil-kecilan sambil bekerja makan gaji. Boleh juga membuat pelaburan secara fizikal umpamanya pelaburan emas.

3. Perlindungan Harta - Melindungi harta yang dimiliki dengan cara membeli insuran. Boleh juga menyimpan wang dalam akaun pelaburan tertentu sebagai contoh Bank Muamalat.

4. Pengagihan Harta - Apabila harta yang dikumpulkan telah mencapai tahap yang diingini, bahagi atau agihkan harta tersebut mengikut keperluan. Contonhya asingkan harta untuk bekalan hari tua dalam akaun pelaburan. Gunakan harta untuk keperluan semasa dalam akaun simpanan/semasa.

5. Penyucian Harta - Mahu atau tidak peringkat inilah yang terpenting bagi menjamin kesucian harta yang dimiliki iaitu dengan cara mengeluarkan zakat dan bersedekah. Dengan cara ini harta yang dimiliki dapat dibersihkan seterusnya menjamin ketenangan hati penghasil harta.

Wallahua'lam..

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT