Friday, November 1, 2013

MANGGIL - FELCRA KERUAK

Alhamdulillahhi Robbil A'lamin Wassolatu Wassalam A'la Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Saidina Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam, Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in..

Perjalanan manggil kali ini aku & keluarga teruskan dengan lebih jauh lagi. Kali ini kami ke sebuah tempat di jalan hulu daerah Besut iaitulah sebuah kampung yang jaraknya tersangatlah jauh dari Bandar Jerteh. Di sinilah tinggalnya dua orang bapa saudara aku yang aku panggil Ayoh Me & Ayoh Long. Masuk sahaja di perkarangan pintu gerbang FELCA itu aku telah pun rasa teruja kerna tidak sabar mahu merakam gambar yang sangat indah di kawasan tersebut.

Rumah yang kami tuju ialah rumah Ayoh Long namun disebabkan beliau sedang mandi maka kami tuju pula ke rumah Ayoh Me. Ayoh Long minta kami ke kedainya disebabkan tiada orang di rumahnya pada ketika itu. Di rumah Ayoh Me abah berbual panjang selain menyatakan tujuan sebenar kami ke rumahnya. Jadi aku pun merakam gambar Ayoh Me dengan Abah sebagai kenangan manis Abah dan abangnya itu.
ABAH & AYOH ME
Selepas itu giliran aku pula bergambar bersama Ayoh Me.
AYOH ME LAGI HANDSOME PADA AKU
Kami duduk tidak lama di rumah Ayoh Me disebabkan kami mahu pergi ke kedai Ayoh Long pula. Lalu selepas bersalaman dan meminta diri kami pun terus ke kedai Ayoh Long. Di kedai Ayoh Long kami berbual bertanya khabar & topik perbincangan banyak berkisar tentang keluarga. Aku sambil dengar sambil minum air makan biskut telinga. Aku pun rakam gambar sekeping sebab rasa kebosanan mulai timbul.
MUKA BOSAN

Sebenarnya aku mengantuk di masa itu walaupun cuaca agak kering namun mata aku yang telah biasa dilatih untuk rehat selalu sahaja meminta untuk direhatkan. Namun memandangkan situasi & kondisi yang tidak mengizinkan maka aku terpaksa menahan rasa mengantuk itu walaupun bebola mataku rasa senak dan pedih di bahagian dalam.

Untuk menghilangkan rasa mengantuk aku bangun merayap di dalam kedai Ayoh Long silau-silau apa yang boleh menarik perhatian aku. Namun perkakas yang ada nampaknya tidak dapat menukar mood mengantuk aku. Malahan rasa ingin tidur semakin kuat menyebabkan diri terasa huyung & hanyut seketika. Cepat-cepat aku pergi ke sink membasuh muka. Barulah rasa segar semula mata yang tadi layu.

Selepas itu barulah aku rasa bersemangat semula maka aku kembali ke meja tempat aku duduk sebelumnya. Aku segera capai bolong yang berisi biskut telinga lalu mengunyah perlahan-lahan sambil minum air 100 plus dalam tin.

Apabila aku rasakan mood aku telah stabil maka aku minta JG aku rakam gambar aku dengan Ayoh Long. Belum sempat nak bergambar mari pula Cik Paskau minta bergambar juga. Bolehlah..
TERNYATA AYOH LONG MASIH MACHO
Duduk semula selepas bergambar aku kembali mengulangi makan biskut telinga bersama air sirap. Sempat juga JG aku rakam gambar aku mengambil biskut telinga.
AKU NOK AMBIK DIO NOK AMBIK GHETEK
Sekian dahulu, Wallahu A'lam..

W.K AZIZ

No comments:

Post a Comment

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT