Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillallah Wallahu Akhbar Walahaula WalaQuwwata Illa Billahil A'liy hil A'zim. Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad Wa A'la Saidina Muhammad..
Alhamdulillah dengan izin Allah, aku masih dapat bercerita lagi dalam blog ini. Perjalanan hidup dengan tujuan
Manggil ini aku ceritakan kembali yang kali ini aku berkunjung ke rumah saudara kami iaitu Ayoh Mad Merkang di Kg Wakaf Tembesu Terengganu. Lama benar aku tidak bertemu beliau kali terakhir sewaktu Ella berkahwin dahulu. Dari Kemaman kami tiba di rumah Ayoh Mad dalam waktu Maghrib.
Sampai sahaja di rumah beliau aku dipeluknya melepaskan rindu yang lama terpendam. Kami disambut dengan penuh ceria & gembira. Sungguh aku rasa terharu. Setelah dijemput masuk, aku berbual sekejap sebelum minta izin untuk solat Maghrib. Aku tinggalkan A
bah yang sedang berbual dengan Ayoh Mad. Sungguh gembira & rancak beliau berbual dengan Abah. Maklumlah lama benar tidak bertemu.
|
AYOH MAD MERKANG BERBUAL PENUH SEMANGAT |
Abah juga kelihatan seronok kerna dapat bertemu sahabat lama. Masing-masing bertanya khabar & perkembangan terkini serta apa yang berlaku sejak pertemuan kali terakhir dahulu.
|
SIAP BERSANDAR LAGI |
Ma juga tidak ketinggalan
ralik berbual dengan Mokcik Moh. Maklumlah cerita-cerita menarik yang lama terpendam inilah masanya untuk sama-sama berkongsi cerita.
|
MA YANG TERUJA |
Selepas solat Maghrib, berbual seketika dengan Ayoh Mad & Mokcik Moh, kami sekeluarga meminta diri untuk pulang memandangkan destinasi kami masih jauh lagi. Selepas bersalaman & berpelukan tanda kemesraan kami meninggalkan perkarangan rumah Ayoh Mad dengan penuh gembira. Perjalanan seterusnya menuju ke Besut tidak banyak gambar yang dirakam. Maklumlah untuk jimat bateri kamera.
Dalam perjalanan itu aku seperti biasa terus berfikir & fikiranku melayang entah ke mana. Sedar tidak sedar tiba di sebuah kedai makan. Aku yang masih mengantuk mata turun untuk melihat hidangan yang ada kalau-kalau menarik seleraku. Namun hasilnya hampa kerna aku rasa tidak berselera untuk makan. Namun untuk membasahkan tekak aku minta air barli suam sahaja. Ahli kelab yang lain minta makanan yang nampak lazat namun seleraku tertutup waktu itu.
|
MENIKMATI HIDANGAN |
Sebenarnya bukan aku seorang yang mengantuk, Abah pun sama lihatlah mata Abah jelas mempamerkan keletihan beliau.
|
MATA KELETIHAN |
Kesian Abah. Ma pun sama memang letih walaupun kelihatan segar. Maklum sahaja perjalanan jauh. Sebelum balik tidur di rumah sempat juga aku mencuba makanan yang ada sebagai penyegar mata aku yang layu tidak berseri ini.
|
BOLEHLAH MENYEGARKAN MATA |
Sekian dahulu Wallahu A'lam!
W.K AZIZ
No comments:
Post a Comment