Bismillahhir Rahmannir Rahim..Bersyukur pada Allah dengan segala rahmat & kurniaanNya ke atas aku. Allahhumma Solli A'laSaidina Muhammad Wa A'la Alihi Wasohbihi Wasallam.
Perjalanan kali ini terasa sangat menenangkan kerna kali ini aku & keluarga berpeluang untuk balik kampung untuk tujuan
manggil di rumah tok saudara iaitu RAMLAH, adik arwah nenek aku. Kami tuju ke Kg Bukit Merbau dalam jajahan Pasir Putih Kelantan. Aku yang lama tidak menjejak kaki di sini langsung tidak mengingati jalan ke sini. Mujurlah Abah ada sebagai penunujuk jalan. Dalam perjalanan itu sempat aku merakam gambar sejenis tumbuhan yang unik, daunnya berwarna merah di bawah & hijau di atas.
|
SUBHANALLAH.. |
Sampai sahaja di rumahnya, kami memberi salam dan dijemput naik. Tokcik Meklah menyambut kami dengan senyuman yang penuh bermakna. Aku yang terpegun dengan keindahan rumah lama Tokcik Meklah merakam gambar bumbung rumah yang sangat susah dicari zaman sekarang.
|
SANGAT CANTIK RABUNG RUMAH INI |
Rumah yang amat indah ini sesuailah dengan usianya walaupun lama tapi tetap cantik. Begitu juga dengan pemiliknya, walaupun dah menjangkau umur 70 tahun namun budi bahasa & sopan santunnya tetap ramah melayan kami. Benarlah orang lama memang memiliki budi bahasa yang tinggi.
|
ANAK SAUDARA & MAK SAUDARA |
Selain bercerita tujuan kami berkunjung ke rumah beliau, niat aku ingin juga untuk mengetahui asal usul keturunan aku. Lalu aku bertanyalah tentang nenek & datuk aku iaitu Tok Abas & Tok Limoh. Tokcik Meklah dengan reaksi berfikir sejenak lalu menjawab pertanyaanku satu persatu dengan penuh senyuman yang terukir di bibirnya. Menurutnya Tok Limoh (nenek) ialah kakaknya dari 5 orang adik beradik. Bila aku bertanya mengenai rupa parasnya lalu dia menjawab "mace ma mu lah". Paras rupa yang putih & cantik. Tok Abas pula seorang yang garang atau
lokek, susuk tubuhnya seiras arwah bapa saudara aku Pakdo Ghoni. Aku sangat teruja dengan cerita Tokcik Meklah itu hingga wajahku sempat dirakam ketika sedang mendengar cerita.
|
AKU YANG RALIK MENDENGAR CERITA |
Rupa-rupanya si perakam gambar ini ingin balasan untuk kerjanya. Aku pun balaslah semula jasanya itu dengan merakam kembali gambar si perakam tadi hehe..
|
PERAKAM GAMBAR AKU |
Selesai sesi bergambar, aku fokus semula terhadap perbualan yang sedang berlangsung antara Ma & Tokcik Meklah. Beliau menceritakan bagaimana pertemuan antara Tok Abas & Tok Limoh. Sangat senang katanya jumpa sahaja rasa berkenan terus jadi masuk meminang. Hai kalau sekarang ni gak
NO MONEY SORRY. Selama perbualan sempat juga aku bayangkan bagaimana agaknya rupa Tok Limoh adakah sama dengan Tokcik Meklah. Aku perhatikan mukanya mungkin ada imbas-imbas barangkali..Entahlah.
|
TOKCIK MEKLAH YANG LEMAH LEMBUT |
Dalam
ralik bertanya soalan aku tidak sedar bahawa Ma aku tidak sempat hendak berbual panjang kerna biasanya dialah yang laju mulutnya. Aku pun mengendurkan pertanyaanku untuk memberi Ma peluang berbual.
|
MA MULA BERBUAL |
Setelah berbual & aku telah mendapat gambaran mengenai Tok Abas & Tok Limoh, sebelum berangkat pulang sempat juga aku merakam gambar kenangan tiga generasi antara Tokcik Meklah Ma & Wuteh.
|
ALHAMDULILLAH 3 GENERASI BERSATU |
Sekian dahulu Wallahu A'lam!
W.K AZIZ