Saturday, August 31, 2013

MANGGIL - PADANG LUAS

Bismillahhir Rahmannir Rohim..Allahummasolli A'la Saidina Muhammad Wa'ala ali Saidina Muhammad.

Setinggi-tinggi penghargaan & kesyukuran ku persembahkan ke hadrat Robbul Kholiq yang dengan izinNya aku kembali lagi berbicara dalam blog ini Alhamdulillah..Apakah maksud manggil ini?Ringkasnya ia bermaksud memanggil atau menjemput dalam konteks perkahwinan. Perkahwinan siapa?Adalah hehe..

Aku akan meringkaskan cerita kali ini kerna faktor keselamatan sosial (kononnya). Apa pun kali ini aku bersama Ma & adik balik ke kampung untuk manggil dan antara mereka yang dijemput adalah Poklam Nadi, Poklam Sepu, Pokyi, Pokteh Makrup, Pok Yong & Poktar. Dari Kg Padang Luas kami bergerak menuju ke Kg Raja. Makan dulu di Kg Bukit Yong sebelumnya untuk mengisi perut yang lapar.
MENU HARI INI
Dari Kg Bukit Yong baru kami menuju ke rumah pemilik nama-nama yang disebutkan tadi. Di Kg Padang Luas selesai sudah manggil Poktar, Poklam Nadi & Pokyi. Tiba di Kg Raja kami tuju ke rumah Poklam Sepu & Pokteh Makrup. Kami berhenti solat di Masjid Kg Raja. Selepas Maghrib kami berlepas pula ke rumah Pok Yong. Selesai di situ kami terus berangkat pulang ke Kemaman. Namun perut yang lapar minta diisi menyebabkan kami berhenti sebentar di Kg Anak Ikan untuk menjamu selera.
MAKAN DULU BARU JALAN
Selepas makan itu kami terus belayar menuju ke Kemaman walaupun tubuh berasa letih aku puas hati kerna dapat melaksanakn kerja yang tertunggak dengan baik berkat izin Allah..Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

AKU & KELUARGA - HOSPITAL BESUT

Bismillahhir Rahmannir Rahim..Allahummasolli A'la Saidina Muhammad Wa'ala Ali  Saidina Muhammad..

Pagi ini selepas bangun tidur aku dimaklumkan dua pupu aku Ella dimasukkan ke hospital kerna disyaki terkana demam Denggi. Lalu aku & keluarga merancang untuk pulang ke kampung untuk menjenguk Ella. Kebetulan pula hari ini hari Jumaat jadi aku boleh ikut juga balik. Namun kami balik mungkin sekejap sahaja dan harus balik segera kerna abah aku kerja.

Lalu dengan izin Allah berangkatlah kami menuju ke Hospital Besut. Setelah tiba di hospital kami sekeluarga mencari di manakah gerangan wad Ella ini. Sebaik sahaja bertemu wad yang dicari kami hampa kerna masa tersebut di luar waktu melawat. Apakan daya tiada peluang kami untuk masuk. Cukuplah melihat dari jauh sahaja. Aku yang masih menunggu di wakaf berhampiran sempat lagi merakam gambar bersama Ltm. Jebon.
TOK LEBAI JEBON
TOK AKI
Selepas bertemu mata dengan Ella, kami pun berangkat pulang semula ke Kemaman. Oleh kerna waktu Zohor telah masuk, kami singgah sebentar untuk solat Jumaat di masjid Kg Serdang.

Alhamdulillah maka sempat jugalah aku menunaikan solat Jumaat pada kali ini kerna bagi aku walaupun dalam musafir, singgah bersolat Jumaat di masjid itu lebih afdhal dari solat Jamak Zohor & Asar. Selepas sahaja siap solat Jumaat maka aku pun mengambil kesempatan sambil menunggu ahli kelab yang lain selesai solat untuk merakam gambar pemandangan di sekitar masjid Kg Serdang itu..
PEMANDANGAN DALAM KAWASAN MASJID
Ini pula pemandangan dari hadapan masjid Kg Serdang. Gambar tidak begitu terang kerna cuaca masa itu mendung & kelam sahaja.
SUBHANALLAH..MASJID YANG CANTIK
Akhirnya dari Kg Serdang kami teruskan perjalanan. Aku yang keletihan menyangka kami terus pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana lagi.Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Maam besau  nak shoping pula. Apa lagi singgah sebentar di GIANT Kijal.
GIANT KIJAL
Beres terus..Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

Saturday, August 17, 2013

AKU & KELUARGA - RAMADHAN DI JERTEH

Bismillah..Alhamdulillah..Allahummasolli A'la Saidina Muhammad Wa'ala ali Saidina Muhammad..

Bulan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Keceriaan & kegembiraan menyambut Syawal aku rasakan tidak begitu meriah kerna sayang rasanya untuk meninggalkan Ramadhan yang indah ini. Namun begitu aku tetap bersyukur kerna Ramadhan kali ini dapat aku jalani dengan penuh semangat keikhlasan dalam beribadat Insyaallah..

Kali ini perjalanan aku sambung kembali menuju ke Besut kerna ingin juga rasanya menikmati makanan di kampung sendiri. Tidak aku nafikan setelah lama tidak menjengukkampung halaman, banyak tempat yang berubah dan salah satunya pasar Jerteh ini.

Aku terpegun bila melihat suasana baru pasar Jerteh. Dalam aku duk lilah-lilah maka aku ternampak kelibat seseorang yang amat aku kenal. Maka aku pun mendekati beliau lalu menegur. Dia yang terkejut lalu berpaling. Terpengor sebentar lalu dia memeluk aku bila aku telah dikenalinya. Sangat gembira aku bertemu sahabat lama zaman sekolah dahulu.
SAHABAT LAMA DI SMK PUTRA
Selepas meminta izin untuk pergi aku terus mencari di mana pula abah aku berada. Pusing-pusing aku nampak abah di sebuah gerai. Apa lagi aku rakam terus gambar abah.
GAYA HERO SEBELUM MEMBELI MAKANAN
Siap aku merakam gambar abah, aku cari pula ahli kelab yang lain. Jumpa juga kerna senang sahaja hendak mencari mereka ini. Apa lagi aku rakam terus gambar mereka.
BORONG-BORONG..
Dari tempat tersebut kami menuju pula ke kawasan perumahan di Kg Los Angeles untuk melawat rumah yang dikatakan telah siap sepenunya hanya menunggu untuk dicat. Tiba di sana benarlah apa yang dimaklumkan. Sebelum balik sempat pula aku merakam gambar pelawat tambahan yang turut serta melawat bersama kami sekeluarga.
PELAWAT TAMBAHAN
Pelawat tambahan ni sebenarnya kawan-kawan Wuteh yang datang sempena cuti kolej mereka. Jadi selepas menghantar mereka ke kolej aku & keluarga terus bergerak balik ke Kemaman. Dalam perjalanan pulang kedengaran azan Maghrib berkumandang maka kami berhenti dahulu di sebuah wakaf untuk berbuka puasa. Alhamdulillah gembiranya dapat berbuka walaupun hanya di wakaf. Terima kasih Ya Allah!
KHUSYUK MENANTI WAKTU BERBUKA
KASIH SAYANG ABAH & MA
Sekian sahaja Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT