Tuesday, March 8, 2022

BERDERAK BERSAMA TOKMA


Salam 6 Syaaban 1443H

Alhamdulillah aku bersama keluarga dengan Tok Ma berpeluang bersama kerana Tok Ma mengajak kami ke Kampung Kerandang untuk menzirahi besannya yang baru selesai membuat pembedahan mata sambil bermain dengan cucu.

Keesokan harinya kami sekali lagi bersama Tok Ma keluar untuk temujanji dengan pihak Klinik Pasir Akar untuk tujuan ujian Diabetes.
Alhamdulillah syukur boleh bersama Tok Ma. Semoga Tok Ma terus diberikan kesihatan yang baik & diberkati dunia & akhirat ameen.

Tok Wey Pa
9 Mac 2022

NASI LEMAK KFC 2021

Salam 24 Jamadilawal 1443H

Cerita kelmarin..

Alhamdulillah sambil bawa anak-anak berderak, isteri mengajak aku pergi makan kerana perut berasa lapar. Aku mahu masuk ke warung biasa. Namun isteri ingin menghibur hati anak-anak. Lalu diajaknya masuk KFC. Mahu cuba nasi lemak KFC katanya.

Aku mengalah. Masuk KFC juga akhirnya. Boleh tahan juga harga nasi lemak ni. Namun setelah dikecap dengan lidah memang berbaloi jugak dengan harganya.

Tak apakah sekali sekali..


Tok Wey Pa
24 Jamadilawal 1443H

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT