PEMANDANGAN DI LPT |
Kali ini dengan izin Allah aku boleh merakamkan kembali pengalaman aku di Lebuhraya Pantai Timur yang sedang dalam pembinaan. Tujuan aku hanyalah untuk menjalankan tugasan sebagai pemandu 'bos' aku. Kerna ada kelapangan lalu kami memulakan sebuah perjalanan yang indah. Sungguh indah pemandangan di lebuhraya ini menyebabkan aku bersemangat untuk merakam gambar-gambar pemandangan yang indah sebagai menghargai ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.
LABEL YANG DIGORES |
SUBHANALLAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH |
HUTAN PINGGIR KAMPUNG |
KEINDAHAN POKOK KAYU RIMBUN |
Sungguh aku bersyukur dapat menikmati pemandangan ini yang membuktikan sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Allah mencipta berbagai jenis bentuk tanaman dan pokok-pokok untuk kita dan sangat banyak manfaat dan faedahnya untuk kegunaan dan keperluan hidup.
Walaupun sumbangan pokok dan tanaman itu kecil pada pandangan kita namun hakikatnya betapa besar nikmatnya bagi hamba Allah yang berfikir. Aku terfikir kalau Allah tidak bagi semua nikmat-nikmat yang dirasai kini, bagaimanalah kita hamba mahu meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Sedangkan kadang-kadang kita (merujuk diri aku) lupa bahawa semuanya milik Allah.
Sembahyang pun banyak tinggal pada buat. Buat pun dalam malas tapi Allah tetap bagi nikmat yang sedia ada. Malah kadangkala ditambah lagi nikmat tersebut.
Hem..malunya rasa pada Allah sebab tiada yang terlindung dari Allah. Allah Maha Melihat gerak geri kita. Takut pun ada sebab rasa bersalah sangat pada Allah. Namun aku mengingatkan diri sendiri sabarlah dalam menghadapi dugaan mungkin Allah mahu menguji keimanan kita.
Walaupun aku sendiri selalu juga lalai dalam melaksanakan perintah Allah namun aku tetap berazam untuk menjadi hamba Allah yang taat walaupun susah. Dan pengalaman aku kali ini banyak menyedarkan aku betapa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba yang diciptaNya. Lebuhraya ini bagaikan sebuah perjalanan hidup menuju destinasi sebenar iaitulah kampung akhirat. Dan amalan itulah kenderaan untuk menyusuri lebuhraya hidup ini dan mampukah aku sampai dengan selamat..Entahlah Allah Maha Mengetahui takdir dan suratan hidup aku ini..
Wallahu A'lam!
W.K AZIZ