Saturday, September 22, 2012

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, Tuhan Yang Maha Esa yang sebenar-benarnya layak disembah dan tiada sekutu bagi Allah, dan sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam itulah sebenar-benarnya Rasul Allah..
PEMANDANGAN DI LPT
Aku dengan segala kekurangan dan kelemahan dapat juga menyambung episod seterusnya dalam pengembaraan hidup ini yang entah bila masanya akan tamat. Sungguh aku ini tidak berdaya kalau tidak disebabkan limpah rahmat Allah, tidak mungkin aku dapat berbicara dalam blog ini. Sekali lagi aku merakamkan kesyukuran untuk setiap nikmat yang tidak mungkin aku mampu membalasnya kembali melainkan hanya sekelumit rasa syukur ke hadrat Allah.

Kali ini dengan izin Allah aku boleh merakamkan kembali pengalaman aku di Lebuhraya Pantai Timur yang sedang dalam pembinaan. Tujuan aku hanyalah untuk menjalankan tugasan sebagai pemandu 'bos' aku. Kerna ada kelapangan lalu kami memulakan sebuah perjalanan yang indah. Sungguh indah pemandangan di lebuhraya ini menyebabkan aku bersemangat untuk merakam gambar-gambar pemandangan yang indah sebagai menghargai ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.
LABEL YANG DIGORES
Memang aku mengaku bahawa aku ini tidak sehebat 'Photographer' lain yang jauh lebih handal dan berpengalaman bila merakam gambar. Bagi aku yang tidak berilmu ini cukup rakam gambar dan  muat naik dalam blog, hehehe..
SUBHANALLAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH
Apa pun aku tetap gembira kerna setiap gambar yang dirakam membuatkan aku tersenyum puas. Seterusnya aku telah merakam gambar pemandangan indah suasana hutan di kampung-kampung berdekatan.
HUTAN PINGGIR KAMPUNG
KEINDAHAN POKOK KAYU RIMBUN
Selanjutnya aku sempat juga merakam beberapa jenis pokok dan tanaman tempatan yang terdapat di kawasan sekitar yang biasanya ditanam sebagai tanda berbakti pada tanah. Cukup indah dan mendamaikan bila melihat tanaman-tanaman tersebut.
Sungguh aku bersyukur dapat menikmati pemandangan ini yang membuktikan sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Allah mencipta berbagai jenis bentuk tanaman dan pokok-pokok untuk kita dan sangat banyak manfaat dan faedahnya untuk kegunaan dan keperluan hidup.

Walaupun sumbangan pokok dan tanaman itu kecil pada pandangan kita namun hakikatnya betapa besar nikmatnya bagi hamba Allah yang berfikir. Aku terfikir kalau Allah tidak bagi semua nikmat-nikmat yang dirasai kini, bagaimanalah kita hamba mahu meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Sedangkan kadang-kadang kita (merujuk diri aku) lupa bahawa semuanya milik Allah.

Sembahyang pun banyak tinggal pada buat. Buat pun dalam malas tapi Allah tetap bagi nikmat yang sedia ada. Malah kadangkala ditambah lagi nikmat tersebut.

Hem..malunya rasa pada Allah sebab tiada yang terlindung dari Allah. Allah Maha Melihat gerak geri kita. Takut pun ada sebab rasa bersalah sangat pada Allah. Namun aku mengingatkan diri sendiri sabarlah dalam menghadapi dugaan mungkin Allah mahu menguji keimanan kita.

Walaupun aku sendiri selalu juga lalai dalam melaksanakan perintah Allah namun aku tetap berazam untuk menjadi hamba Allah yang taat walaupun susah. Dan pengalaman aku kali ini banyak menyedarkan aku betapa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba yang diciptaNya. Lebuhraya ini bagaikan sebuah perjalanan hidup menuju destinasi sebenar iaitulah kampung akhirat. Dan amalan itulah kenderaan untuk menyusuri lebuhraya hidup ini dan mampukah aku sampai dengan selamat..Entahlah Allah Maha Mengetahui takdir dan suratan hidup aku ini..

Wallahu A'lam!

W.K AZIZ

Wednesday, June 6, 2012

HARI RAYA 2012 : JAMUAN DI RUMAH JIRAN

Assalamualaikum..Ini pula gambar jamuan di rumah Pokcik Ni & Mokcik Wa di Kemaman..
TIMO KASIH MAKCIK WA (TUAN RUMAH) 
YOL & AKHIM (PEMBAKAR SATE)
GUANO YOL INTAI SAPO TU, TANGAN AMBIK LAUK
PEMBAKAR IMPORT
SYEMI, AKHIM & YOL
ANTARA SATE YANG ADA
ABAH & POKME
MA & MOKCIK MA
PUTERI POKCIK ROSHID & MOKCIK BI
POKCIK ROSHID & MOKCIK BI
POKCIK RASHID & ANAK
POKCIK ROSHID
TERSENYUM JAH MOKCOK WA
POKMAN, ABAH, POKCIK NI & YOL
ABAH & POKCIK ROSHID
MA & MOKCIK MA
ABAH & POKMAN
ABAH & POKCIK NI
SUASANA RIANG
SUASANA RIANG
SUASANA RIANG
JIRAN KAMI YANG BARU TURUT HADIR
SUASANA RIANG
SUASANA RIANG
SI KEMBAR ALAN & ALIN
W.K AZIZ

Monday, June 4, 2012

HARI RAYA 2012 : JAMUAN RUMAH PIJO JU SEPAKAT

Assalamualaikum..Kali ini aku paparkan gambar sekitar jamuan di rumah sahabat di Kemaman.
AKU & PIJO
ADIK, AKU, PIJO & AKHIM
PIJO, AKU & KAWAN
PIJO & AKHIM
PIJO & AKHIM
YOL, KAWAN, AKHIM & KAWAN
AKHIM & KAWAN
SEK-SEK BISO BELAKO BAB MAKE NI
SEMANGAT MOLEK ADIK TU
GHANO JAUH NENGUNG TU
PENCEBOK TERBAIK
ANTARA TETAMU YANG HADIR
TUBIK DOH OGHE SOHOR
YOL & KAK JULIE
BISIK GAPO TU WAK TUPAK KO
MAKANAN BANYOK LAGI
NENGUNG BENDE TU KAK JULIE?
TIMO KAISH BANYOK MOK (TUAN RUMAH)
AKHIM & MEK TIKAH
2 ORANG KAWAN
YOL & PIJO
TENGOK BENDE JO?
ADIK NAPOK DOK CUKUP LAGI TU
SEMANGAT PATRIOTIK
PEJUANG KEMERDEKAAN
MEK TIKAH
GO..GO..GO!
AKU & MEK TIKAH
W.K AZIZ

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT

ISTERIKU DUNIA & AKHIRAT